.i’m on my way to the future.

Saturday, July 2, 2011

.cerita pendek.

Assalamualaikum..
.kebelakangan ini kerja di lab sgt merunsingkan. sebagai research assistant, banyak perkara yg perlu di selesaikan. ada saja yang tak kena. hari ini aku menjadi sgt stress. garagara sebiji tabung uji kosong terlepas dari pegangan tanganku, seharian tiada mood dan aku pulang awal dari kebiasaan. sedari kecil, ibu bapa telah mendidik aku untuk sentiasa membuat segalanya tanpa sebarang kesilapan. dan aku seakan sudah terbiasa menjadi seorang yg sangat perfectionist. sehinggakan tersalah sedikit dlm melakukan apa apa kerja aku menjadi sgt stress dan kadang2 tidak mampu mengawal emosi sehingga bertindak di luar batasan.


sejarah bakal berulang lagi. garagara kejadian di lab tadi aku menjadi sgt tidak keruan.balik dari kerja terus kaki melangkah masuk bilik dan menghempas badan di atas katil. kepalaku sgt pening seakan mahu pecah kerana sukar untuk tidur. lalu botol ubat yg dibekalkan doktor semasa appointment bulan lepas kucapai. tanpa sedar dua biji ubat anti-migrain itu aku telan. sekelip mata, mata terasa sgt mengantuk lantas aku tertidur dgn sendirinya.


tidak lama kemudian aku tersedar lagi. pening kepala masih terasa lantas sebiji ubat ku telan lagi. berusaha untuk tidur namun masih gagal. mungkin ubat tak cukup kuat. tanpa aku sedar aku telah menelan lagi 3 biji pil tersebut. kali ini aku betul2 sudah tidak sedarkan diri. 


"eh, D mane? dari tadi tak nampak pun. die da balik ker" Ju bertanya sambil membuka kasutnya
"entahla weh. ade tu kot dlm bilik. tidur agaknye" jawab Fiera sambil menggantung kunci di tempat kunci.
"aku tgk muka die ketat je td. stress lg la tu"
"jgn die buat kerja gila mcm dulu sudahlaa."


petang itu.
"Fiera, tu D da kuar bilik. apesal die mcm tu?" Ju menegur Fiera yg sedang kusyuk menonton tv setelah terlihat D menuju ke bilik air sambil menggalas tuala.
"mcm tu ape? ok je aku tgk" Fiera mengerling Ju.
"takla, kau tak nampak tadi die jalan terhuyung hayang weh"
"ala biarlah die baru bgn tidur biase la jalan mcm tu."


tidak lama kemudian D keluar dari bilik air dlm keadaan yg mengejutkan mereka berdua. D yang berseluar panjang sambil berselubung tuala di badan dan dlm keadaan basah lencun terus duduk di samping mereka tanpa sebarang reaksi.
"korang tgk cerita ape ni?" D bersuara dengan liuk lintuk seakan org sedang mabuk.
"eh D. kau ok tak ni? apesal mcm tingtong je?" Ju menyuarakan kerisauannya.
"ntah D. kau makan ubat ea? bape biji kau telan ni?"
"mane ade. tak banyaklaa. mulamula aku telan dua biji. tapi tak kuat ah kepala pening sgt, aku telan lagi sebiji.lepastu sebiji lg eh tak 3 biji lepas tu tak ingat daa lepas tu aku tidur..terjage nak pegi mandi...." D menerangkan panjang lebar sambil beraksi seakan mengira pil yg ditelan di tapak tangannya menggunakan jari. apa yg pasti dia mungkin masih separa sedar.
"ya Allah banyaknya kau makan. kau da overdose ni.jgnlah mcm ni. bak sini ubat tu aku pegang.nanti kau nak mintak je aku bg.ok?" tanpa banyak bicara D mendapatkan botol ubatnya dan beri kpd Ju.
"tapi janji tau kalau aku nak kau bagi ea"
"ye ye aku janji. tapi kau da overdose ni. untuk hari ni enough ok"
D hanya mengangguk seraya itu Fiera dan Ju memimpin D masuk ke biliknya dan membaringkan gadis separa sedar itu di atas katil.
"weh, die ok tak tu?" Fiera bertanya sejurus Ju keluar dari bilik D.
"entahla. dengan basah basah tu. die mandi tak bukak baju gamaknya"
masing2 menggelengkan kepala. bingung memikirkan kerenah sahabat mereka yg seorang itu.


tidak lama kemudian. D keluar dari bilik mendapatkan Ju di hadapan tv.
"Ju, nak ubat. pleasee sebiji je.aku tak boleh tidur." D merengek mengharap Ju memenuhi permintaannya.
"eh tak boleh mcm ni. kau da overdose. tadi da makan banyak kan"
"alaa boleh la.please. sebiji je. aku janji lepas ni aku terus tido ok. sebiji je.pleasee Ju" D seakan merayu agar Ju memberinya ubat berkenaan.
"tak boleh tak boleh! kau ni da overdose! so mmg kau tak kan rase ape ape dah.please ea, aku taknak anything bad jadi kt kau. "
D mula meronta-ronta dan menghentak kaki di lantai seakan anak kecil tak dapat gula gula. Ju hanya menatap reaksi gadis yg berasal dari sarawak itu penuh simpati.
"ermmm. ok ok tp janji lepasni tak minta dah.boleh?" Ju menjawab lambat. D mengangguk laju.
sebiji pil dihulur kpd D kemudian dia berlalu ke biliknya semula. Ju hanya memerhati  dgn harapan dia tidak meminta lagi selepas ini.sudah terlalu banyak pil yg telah ditelan. jadi kemungkinan utk D terlelap memang tipis. yang dia bakal rasa hanyalah pening dan ketidakselesaan. Ju dan Fiera sudah lali dengan kejadian yg menimpa D. setiap kali D tertekan pasti keadaan ini akan berulang. sehingga kadang2 D bertindak di luar kawalan. dan melihatkan keadaan D hari ini amat membimbangkan mereka berdua.


hari hampir maghrib namun kelibat D masih tidak kelihatan. nampaknya dia masih tidur di biliknya barangkali. itulah yg bermain difikiran Ju dan Fiera. Wani yg baru pulang dari kerja tidak tahu menahu akan kejadian petang tadi. tibatiba terdengar jeritan kecil dari bilik D. itu suara wani. pasti sesuatu terjadi.
"kenapa ni?" dengan cemas Fiera dan Ju berlari  mendapatkan wani di bilik D.
"D tak gerak2 ni.aku dah kejut banyak kali dah." Wani menjawab dgn nada seakan mahu menangis. dalam masa yg sama tangannya ligat mengoncangkan tubuh D agar dia sedar dari tidurnya.
"she's fine. just unconscious ni." Fiera bersuara selepas memeriksa nadi di pergelangan tgn D.
"mesti sebab ubat.hurmm" 
"ape maksud kau sebab ubat? ape kena dgn D ni?" Wani seakan tidak berpuas hati.
"weh, korang....tu..." soalan wani tadi dibiarkan sepi. dua pasang mata tertumpu pada arah yg ditunjukkan oleh Ju. pergelangan kaki kiri D, berbalut. pasti dia melakukan kerja gila itu lagi.
"jom la kita bawak die pg klinik. dah malam ni. Fiera, kau drive eh." Ju memberi arahan.
kereta myvi berwarna putih meluncur laju di atas jalan raya yg agak lengang. suasana dalam kereta sunyi sepi. masing2 melayan seribu satu persoalan tentang keadaan D. setibanya di destinasi D sudah tersedar namun dia diam seribu bahasa seakan tidak menyedari apa yg terjadi kpd dirinya. segala arahan diikuti tanpa sepatah kata. D didudukkan atas sebuah kerusi roda. hospital kerajaan kota samarahan, sarawak awal malam itu agak sibuk. beberapa pesakit, doktor dan nurse keluar masuk dari pintu utama wad pesakit luar. D ditemani ketiga-tiga rakannya di dlm bilik rawatan yg memuatkan beberapa buah katil dan penuh dgn peralatan merawat.mereka masih menunggu kehadiran doktor dan mereka tidak sendirian kerana ada pesakit lain yg juga menanti di situ.


"aduh, korang. kaki aku sakit ni. kenapa ?! " tibatiba D bersuara dan dia yg dari tadi lemah seakan mendapat super power entah dari mana meronta sambil mengerang kesakitan. mungkin kesan ubat sudah hilang. telanlah sebotol ubat sekalipun kesannya lambat laun akan hilang juga.
"D sabar D. kejap lagi doktor datang. relaks k." Ju cuba menenangkan D.namun usahanya gagal.
"can't you see i'm hurt here?!! does anyone has injured  worst than me??!! " D menjerit sambil menyepak katil di hadapannya dgn kakinya yg tidak cedera. empat orang doktor yg sedang merawat seorang pesakit di katil berdekatan teralih tumpuan seketika. D masih meronta dan menyumpah dalam bahasa inggeris meskipun telah ditenangkan oleh rakan-rakannya dan beberapa org nurse. tiba2 seorang doktor menuju ke arah D dan membawanya ke sebuah katil lalu menarik langsir yg memisahkan ruang antara katil di dlm bilik rawatan tersebut.doktor tersebut memujuk D dengan memberi kata kata semangat berbaur pujukan untuk menenangkannya. setelah diberitahu bahawa doktor yang biasa merawatnya dalam perjalanan barulah D kembali tenang. semua seakan  menarik nafas lega. 


sebaik doktor peribadi D, dr. Azmi tiba, D seakan lebih bersemangat. Di dalam bilik rawatan, doktor meminta Ju, Fiera dan Wani menemankan D memandangkan malam itu agak ramai pesakit dan mereka kekurangan jururawat yg boleh menjaga D sekiranya dia bertindak di luar kawalan lagi. D didudukkan di atas katil sambil doktor Azmi memulakan tugasnya dengan membuka balutan di pergelangan kaki kirinya. semua mata yang ada disitu tertumpu ke arah yg sama. sebaik sahaja balutan kemas itu dileraikan, terlihat kepingan kapas beriodin menutupi permukaan kakinya yang menimbulkan seribu tanda tanya kpd mata2 yg menyaksikan. dengan cermat dr. Azmi membuang satu persatu susunan kapas itu ke dlm bekas yg tersedia. bilik rawatan sunyi sepi. tiada seorang pun berani membuka mulut. alangkah terkejutnya mereka tatkala melihat luka yg dialami D. agak parah. sesiapa yg lemah semangat pasti akan berasa pitam melihatnya. kelihatan torehan berbentuk segi tiga yg agak besar di kakinya dan kawasan segitiga itu ternyata telah ditoreh toreh sehingga menampakkan daging yang sudah kekeringan darah. ia dipercayai menggunakan objek tajam seperti pisau. 
"saya nak tanya sikit boleh? awk guna apa kali ni? " Dr.Azmi bersuara memecah kesunyian. matanya masih tertumpu pada luka D.D hanya memandang dr Azmi sambil menggelengkan kepalanya. Dr Azmi menelan air liur terkedu melihat luka itu. dia kemudian menyapu sedikit antibiotic bg mencegah sebarang jangkitan kuman kerana luka yg dialami adalah kecederaan terbuka. namun begitu D kelihatan begitu tenang dan sedikit pun tidak berasa terganggu akan tindakan dr Azmi.

setelah selesai membalut luka tersebut dr Azmi memberi isyarat kpd ketiga-tiga gadis itu untuk berjumpa dgnnya sebentar sementara D ditemani seorang jururawat.
"ada apa apa yang awak semua nak beritahu saya?" dr. Azmi memulakan perbicaraan sambil mencabut sarung tgn getah dari tgnnya.
"maksud doktor?" Ju bertanya kembali.
"ye lah. atas ape yang kamu semua tgk tadi. boleh beri penerangan sikit? takkan kamu semua tak sedar ape yg menimpa kawan awak tu." dr.Azmi mahukan penjelasan.
"erm macam ni doktor saya balik kerja tadi saya masuk bilik dia nak tgk dia buat apa. rupanya tgh tidur.tapi bila saya kejut dia tak bangun2 doktor jadi saya cuaklah.terus panggil diorg  ni." laju Wani memberi penerangan.
"wani tak tau apa2 doktor sebab die tak ade semasa kejadian.." Fiera mencelah kemudian terus menceritakan perkara sebenar berkenaan hal ubat dan overdose kpd dr. Azmi.
"ermm beginilah. saya berharap sgt kamu bertiga tolong pantau keadaan dia lepas ni ye. nasib baik cuma luka biasa, sy risau kalau die buat perkara lebih buruk pulak lain kali."
"baik doktor. insyaallah kami akan tengok2 kan dia." Ju berkata pula.
"kamu semua tau kan, kali ni luka paling teruk pernah sy tgk setakat ni. it is not impossible she can do even worst than this." dr.Azmi berkata dengan tenang.
"buat masa ini saya rasa eloklah dia ambil beberapa hari cuti. i believe she really needs some rest. tell her family bout this. ok?" dr. Azmi menyambung lagi.
"ok doc. terima kasih banyak2." Ju berkata perlahan. dr.Azmi sekadar menganggukkan kepalanya.
"thanks doc.kami minta diri dulu." wani pula bersuara lantas mereka bertiga beriringan melangkah kembali ke bilik rawatan utk mendapatkan D.


  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 
"ya allah teruk gila luka D tu.entah bila die buat kite pun tak perasan kan? hurmm" Fiera yg sedang memandu berbisik perlahan kpd Ju di sebelahnya.
"tu la, seram sejuk aku tengok. takkan tak sakit langsung mase die buat tu..eh, kau ingat tak die pegi mandi pakai legging ptg tadi. agaknya nak tutup luka tu lah kot. kan?" Ju menduga.
"ye lah kot. patutla semacam je aku tgk. aku rasa die tak sedar ape yg die buat ." Fiera bersuara lg.
"macam biase lah, kalau tanye konfirm die jawab bukan die buat kan?"
"apepun, we have to tell her parents. at least she need few days break till she's really fine.nanti ingatkan aku telefon mak die eh" kata Fiera sambil mengerling sekilas D yg sedang tidur dipangkuan wani di kerusi belakang.
"makin menjadi-jadi la. kesian.hurmm" Ju mengeluh mengenangkan nasib rakan baiknya itu.


difahamkan sejak grad sebagai seorang pelajar degree dalam bidang sains hayat, setiap kali tertekan D seakan mengalami split disorder atau personality disorder. dan sebagai seorang pelajar master dalam bidang yg sama, kerja-kerjanya di lab pasti lebih merunsingkan. sejak itu dia kerap mengalami tekanan sehingga kadang2 dia bertindak mencederakan dirinya dalam keadaan tidak sedar, seolah olah ada semangat atau roh lain yg menguasai dirinya. namun setelah melukai dirinya sendiri, dia juga akan membalut luka itu begitu cermat dengan sendirinya. sebab itu rakan-rakan serumah sukar menghidu perbuatannya yg salah itu meskipun mereka tidak pernah berjauhan antara satu sama lain. apabila ditegur akan balutan di mana2 bahagian badannya, pasti dia menjawab luka biasa yg dialami semasa melakukan kerja. 


suatu petang, sepulangnya dari kerja Fiera melalui bilik D dan mendapati dia terlantar lemah di atas katil dengan balutan di pergelangan tangannya yang menampakkan tompokkan darah yg agak banyak lantas rakan2 serumahnya itu membawanya ke klinik kerana bimbang sesuatu yg buruk berlaku. sesampai saja di klinik, mereka dikejutkan dgn keadaan luka yg dialami D. dipercayai luka tersebut disebabkan oleh torehan pisau yg berulang. doktor memberitahu, D bernasib baik kerana masih diberi peluang untuk hidup kerana dia telah kehilangan banyak darah sehingga doktor terpaksa mendapatkan bekalan darah dari hospital lain gara gara klinik berkenaan kekurangan bekalan darah yang sama jenis dengan kepunyaan D. 

sejak itu, atas saranan keluarga. D mendapatkan rawatan psychiatrist memandangkan keadaannya agak kritikal. dia juga mempunyai doktor peribadi iaitu dr.Azmi. Dr.Azmi lah yang bertanggungjawab memantau keadaan D dan mengawal segala bekalan ubat-ubatnya seperti anti-migrain dan pil tidur untuk D. selama berbulan bulan D mendapatkan rawatan dari dr.Azmi dan setiap kali temu janji dia tidak pernah tidak menghadirkan diri. dia benar2 mahu sembuh dan hidup normal seperti org lain. namun begitu semua yang berlaku ada hikmahnya dan setiap kejadian telah ditentukan oleh Allah. awal tahun ini, penyakit lamanya itu menggila semula. dan paling menakutkan, rakan-rakan terdekatnya sendiri tidak menyedari perbuatannya itu. 


selepas peristiwa hari itu, D pulang ke kampung halamannya yang juga di sarawak. beberapa minggu kemudian dia berpindah ke semenanjung dan tinggal bersama ahli keluarganya yang berada di KL. D telah berhenti kerja di Unimas atas saranan doktor peribadinya dan juga nasihat ahli keluarga serta rakan-rakannya. sehingga kini mereka terputus hubungan dengan D. yang pasti mereka berharap agar D berada dalam keadaan baik baik sahaja dan berdoa semoga peristiwa hitam yg pernah menimpa D sepanjang perkenalan mereka tidak berulang lagi. THE END.




#adaptasi dari kisah benar. thank you for reading.

No comments: