Assalamualaikum. (sy nasihatkan tutup dahulu lagu di blog ini sebelum baca)
hari ini terjaga dari tidur lepas terima mesej dari kawan. lepas tu terase mengantuk terus sambung tidur balik. tak lama lepas tu mak kejut. memang aku terkejut. kenapa mak balik awal dari sekolah? atau mak baru nak pergi sekolah? segalanya terjawab lepas mak buke pintu kejut dan cakap "ina, bangun..mak nak pergi ipoh ni mak enaz meninggal. nak ikut ke tak?"..aku terkedu..apakah aku belum sedar dari tidur dan masih bermimpi? lantas aku terus mengangguk sambil mencapai tuala terus menyiapkan diri. "cepat sikit, mak dgn ayah tunggu ni" mak berpesan sebelum berlalu dari bilik.
serius aku masih terkejut. macam2 perkara aku fikirkan. lewat malam semalam sebelum tidur aku layan cerita 'ketika cinta bertasbih 2'. cerita tu sedih. if anyone of you had watched it you know what i mean. sebelum ending cerita tu watak lelaki (azzam) dan mak die nak buat persiapan perkahwinan azzam. mak dia nak jemput seorang ustaz utk beri tazkirah masa majlis nikah tu nanti. dalam perjalanan azzam dan mak dia meredah hujan lebat dan ustaz tu pulak tolak perlawaan mereka bulat2. both of them were very dissapointed. coz they really hope that ustaz tu dpt terima pelawaan mereka. unfortunately dalam perjalanan nak balik rumah tu azzam dan ibunya excident. lagi sedih bila ibunya meninggal on the spot. yes memang sedih. tipu kalau aku cakap aku tak menangis.
dan pagi ni bila aku dengar satu berita pemergian seorang khalifah di muka bumi ini aku betul2 terkejut. arwah adalah ibu kepada tunang abang aku (kak enaz). dalam sepuluh minit je aku dah siap. tak perlu nak cantik2 kot. aku mengenakan baju kurung tanah putih bercorak bunga coklat merah dan selendang berbelang coklat cream. baju kurung yang aku pakai pun ambil dari almari baju mak. tempat instant baju kurung yg dah siap berseterika boleh didapati. dalam kereta sunyi sepi. mak dan ayah je yang berbual mengisi kesunyian pagi ini. aku di kerusi belakang diam membatu sekadar berbalas mesej dengan cikgu ain shamimi sejak bangun tadi. when we reached teluk intan, ayah ajak breakfast. memang tak ku duga kereta ayah betul2 berhenti dekat kedai makan yang cukup aku kenali. kedai makan milik keluarga adik angkat aku, hawa sofia. perasaan suram tadi sedikit sebanyak bertukar. lepas habis makan baru aku berpeluang nak tegur hawa yang sibuk buat kerja dekat meja berdekatan kaunter bayaran. dengan selamber je aku masuk ruang tu dan tegur die "sombongnye orang tu". melompat hawa bile tgk aku. die salam aku and sempatlah sembang sekejap sementara tunggu ayah bayar dekat kaunter. sambil berdiri jek pun. ok sekejap sgt jumpe. rinduu :')
lepas tu sambung balik perjalanan ke ipoh. another half and hour. kembali kepada mood tadi. aku diam seribu bahasa while my parents keep on talking about. hurmmm hate to said it. "politicus"..and lastly sampai jugak dekat rumah arwah. kereta penuh memenuhi kawasan rumah arwah di desa pulai jaya. mata mak dan aku meliar cari kalau2 ade kereta abang. tapi takde pun. mak cakap dia tak sampai lagi. kami pun terus masuk ke rumah tersebut. kali terakhir aku pergi majlis macam ni rasanya waktu tu aku kecik lagi. sekolah rendah kot. waktu arwah nenek belah ayah aku meninggal mase aku form five pun aku tak sempat pergi sebab aku dekat sekolah dan mak ayah nak cepat. agak terkilan jugak tapi nak buat mcm mane takde rezeki aku nak tgk :'(
sebaik melangkah ke dalam rumah, ruang tamu penuh dgn org yg baru selesai membaca surah yaasin dan sedang membaca doa. di tengah tengah ruang itu kelihatan jenazah arwah ibu kak enaz terbujur kaku diselimuti kain putih dan kain batik.. selesai membaca doa org ramai mula mengerumuni jenazah utk menatap wajah arwah. aku dan mak tak ketinggalan turut merapati jenazah. sayu sgt hati ni. wajah arwah begitu tenang sehingga mampu mengundang perasaan sayu sesiapa yang melihatnya.
menjelang tengah hari tetamu yang hadir mula bertambah. kebanyakkan dari mereka adalah cikgu dan tak lupa jugak anak anak murid arwah, kerana arwah adalah seorang guru di sekolah menengah rapat setia. dalam suasana sayu itu seorang tetamu lelaki yg baru tiba meraung sambil dipeluk seorang wanita. lelaki itu adik bongsu arwah. semua mata tertumpu disitu. kemudian lelaki tersebut duduk disisi arwah dan mencium dahi arwah agak lama sekali. aku dapat lihat semua mata yg menyaksikan menyeka air mata tatkala melihat kejadian itu. lama dia disisi arwah sehingga selesai menyedekahkan surah yaasin dan doa buat bekalan arwah kakaknya di alam yang lagi satu nanti. aku hanya duduk di tepi dinding menyaksikan kelakuan tetamu tetamu yang hadir. tak lama kemudian kak enaz yang dari tadi duduk di belakang keluar ke ruang tamu mendapatkan mak aku. mereka bersalaman dan berpelukan lama..mak memujuk2 kak enaz. begitu juga adik kak enaz. aku yang menyaksikan tak dapat tahan tahan lagi. jatuh jugak air mata. sebolehnya aku tahan. tapi hati sape tak sedih kan.
mereka berdua kemudian duduk berhadapan dgn emak aku dan menceritakan kejadian2 yang berlaku sebelum arwah pergi menghadap Ilahi. kak enaz bercerita dalam sedu-sedannya. katanya, beberapa hari yang lalu arwah ibunya jatuh sakit. demam-demam biasa. malam kelmarin arwah ada mengadu sakit pinggang. dan menjelang tiga pagi arwah mengadu sakit kuat pada pinggangnya lantas arwah dibawa ke hospital saat itu juga. namun begitu, ajal maut di tangan tuhan. menjelang pagi itu , pukul 7 arwah telah menghembuskan nafasnya untuk kali terakhir. paling menyayat hati aku, weekend baru-baru ni kak enaz pulang ke rumah. maklumlah hujung minggulah masa sepatutnya untuk menjenguk keluarga kan. mase tu juga arwah sudah demam. banyak yang arwah pesan membuatkan kak enaz sgt berat hati utk balik ke kl seperti biasa. rupanya itu petanda bahawa dia sudah mahu pergi. "mak ade pesan, duit untuk kenduri kahwin ade mak da simpan, ambillah duit tu nanti" ini antara ayat kak enaz yg terngiang-ngiang kat telinga aku sepanjang hari ni.
siapa sangka, kali pertama aku melangkah ke rumah baru itu adalah untuk majlis pertunangan abang dan kali kedua pulak untuk majlis pengebumian isteri tuan rumah. sayu rasa hati ini tatkala kaki melangkah pulang setelah selesai tugas sebagai tetamu di rumah itu. seperti biasa dalam kereta, mak dan ayah sahaja yg bersuara. perjalanan pulang terasa lebih cepat berbanding pergi. biasalah itu hukum alam. menyambut ketika datang dan mengucap selamat tinggal ketika pulang. "kita sebagai khalifah di bumi ini punya tanggungjawab. semoga kita buat yg terbaik sebelum tiba masa dipanggil" dalam perjalanan itu ayah sempat beri tazkirah dekat aku dan emak.
aku hanya termenung cuba membayangkan diriku di tempat arwah. ya Allah, dosa-dosaku menggunung tinggi, amalan-amalanku cetek yang amat sangat. semoga aku pergi menghadapMu dengan tenang suatu hari nanti. hari dimana telah dinyatakan dalam surah al-buruj, telah tertulis di luh mahfuzh akan ajal seseorang itu. detiknya, saatnya minitnya dan ketikanya yang tidak bisa aku tahu bagaimana caranya. permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat ya Allah.insyaallah amin.
semoga kak enaz sekeluarga tabah dan bersabar menerima permergian bonda tercinta. yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih hidup perlu terus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.semoga Allah rahmat muslimin muslimat sekalian.
sebelum aku akhiri entry kali ini. marilah sama sama kita mengangkat kedua tapak tangan dan berdoa semoga roh arwah puan Hamisah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin. alfatihah.
No comments:
Post a Comment