.i’m on my way to the future.

Thursday, August 25, 2011

emosi yang tak perlu

assalamualaikum
hai everyone. merindui menulis disini.tiap hari buka tiap hari tatap tapi takde idea.langsung. ada seribu satu benda terbuku. seribu satu perasaan menggunung. nak meluah tak tahu mana nak mula. nak digambarkan tak tahu macam mana nak lukis. akhirnya jari menekan ctrl+W. tutup laptop naik katil terus tidur. itulah rutin aku harihari bila malam menjelma, selain bertwitter dan berfacebook. 


untuk paginya. celik dari tidur. bersahur, subuh, lepas tu terlena sekejap pukul 8 mesti pergi rumah nana. buat bahulu. aku lupa nak mention disini aku buat bahulu kan. dah nak habis pun lagi beberapa hari je. frankly speaking it's not an easy work. and it is tired too. yes it's true. susah jugaa tp lama lama alah bisa tegal biasa. esok lusa aku ambik gambar letak sini. tunggu ya. 


ermm macammacam benda jadi kat sana. dengan kerja ok cuma dengan yg takda kaitan dengan kerja tak berapa ok. aku tak perlukan cerita tambahan. aku tak perlukan drama sampingan. sudah cukuplah dengan orang orang yang aku hargai tapi akhirnya mereka yang tak hargai aku. aku taknak kejadian sama berulang. aku penat. takut. takut terluka lagi. janganlah terlalu cepat menilai seseorang. belum kenal hati budinya mana nak tahu baik buruk perangai dia. tolong. aku mintak. sangat. aku tak larat. aku tak reti nak menolak. apatah lagi mengata tidak. cuma dengan tindakan yang aku buat mungkin dapat bagi hint, aku nak menjauh. kadang rasa seperti mahu masa cepatlah berlalu dan tolong berhenti bila aku mahukan masa berhenti. tapi sume itu takkan berlaku. tidak sama sekali.


kadang kadang hati dan otak memang tak sehaluan. bila hati kata ya otak kata jangan bila otak setuju hati pula tak mahu. aku perempuan. hati lembut. sangat. macam tisu. kalau kena air dah tak boleh pakai dah. aku cengeng. kuat menangis. kadang kadang bila aku rasa kuat, bila aku pura pura taknak menangis itu mungkin bukan aku yg cakap. itu semangat lain yang tiba tiba meresap.


wahai hati, mengapa sukar untuk melepaskan ia pergi. mengapa masih mengurung ia di dalam dirimu. sedang kau tahu betapa ia terlalu menyakitimu. relakanlah wahai hati. biarkan ia pergi dan jangan kembali lagi. andai itu bisa membuat kau keluar dari rasa yang selama ini engkau deritai. 


ya allah, aku lemah tanpaMu. bangkitkan aku :'(


maaf, coretan manis berwarna purple kali ini lebih kpd luahan perasaan yang hanya aku sorang je faham. lega. dapat juga meluah rasa. kesat air mata, basuh muka ambil air semayang. selamat malam bukupurple :) sy rindu tuan awak. 

No comments: