.i’m on my way to the future.

Friday, August 26, 2011

jangan biar aku jatuh.

Assalamualaikum.
hidup ini umpama satu perjalanan. perjalanan yang berbeza-beza antara kita semua. sama ada pendek atau panjang itu jalan hidup kita. yang kita  alami dan hanya Maha Pencipta yang lebih mengetahui. hari hari kita berjalan. berjalan dengan satu tujuan yang hanya kita sendiri tahu dan pasti. sendirian atau berteman, kita tetap berjalan. satu hari aku berjumpa dengan kau. sejak itu aku berjalan dengan kau. kita berjalan bersama. sentiasa bersama. seronok juga. sambil berjalan kita bergelak ketawa. bergurau senda. dalam perjalanan itu ada juga benda tak best jadi. tapi aku tak takut.sebab kau ada. kau mesti akan tolong aku. aku terus berjalan.aku tak perlu takut kalau2 ada anjing nak kejar. tak perlu takut kalau tersepak batu lalu terjatuh. tak perlu takut kalau tiba2 hujan dan akan basah kesejukan. jadi aku tak perlu takut lagi kerana aku tahu kau ada bersama. kau selalu lindungi aku. aku rasa selamat sejak kau teman aku berjalan. dan tak tipu, aku rasa bahagia sebab aku tak jalan keseorangan. kau ada meneman. buat aku tersenyum bila aku sedih. buat aku menangis tanpa segan silu bila aku rasa nak menangis. tak perlu tahan-tahan lagi. dan kau juga buat aku rasa letak kau dan aku dlm dunia pun sudah cukup aku boleh hidup.


satu hari kau kata kau tak boleh teman aku berjalan lagi.aku tanya kenapa.kau diam.kau tak beri jawapan. aku tanya lagi. kau geleng kepala. kau cakap aku kena cari orang lain untuk teman berjalan. aku tanya kenapa. kau cakap kau tak boleh. aku tak puas hati jadi aku tanya lagi. kenapa? kemudian kau diam. dan dalam diam aku tahu jawapan kau meski kau sedikitpun tak bersuara. lepas tu kau pergi tak berpaling dekat aku pun. aku lihat kau berjalan dengan teman baru kau. aku tak sedih tapi kecewa, kenapa cepat benar kau tukar teman berjalan ? tak seronokkah berjalan dengan aku ? aku tak ada jawapan untuk soalan itu sebab aku tak sempat nak tanya kau. kau happy jalan dengan teman baru kau. kau tau tak aku berdiri tak berjalan untuk beberapa lama. aku nak kau teman aku berjalan tapi aku tahu kau takkan dapat teman. lalu aku teruskan perjalanan. aku berjalan macam biasa. cuba berlagak seolah-olah kau ada di sebelah teman aku berjalan. 


lambat laun aku tersedar aku berjalan sendirian, tidak lagi berteman. kau lenyap dari pandangan, namun aku tetap berjalan. biarpun keseorangan. dan akhirnya aku sedar aku tak mampu berjalan sendirian kerana aku sudah biasa berteman, lalu suatu hari aku terjatuh. sendirian. sakitnya jatuh itu. aku menangis sendirian. melihat luka luka akibat jatuh itu. berdarah ia. aku berharap kau ada disitu menghulur tangan untuk pimpin aku kembali berjalan. itu semua hanya harapan. kau tiada disitu. lalu aku gagahkan diri, bangun untuk terus berjalan. aku tersenyum kerana aku masih mampu berjalan biarpun kau tidak meneman. perjalanan yang tadi tidak sama lagi. kali ini aku berjalan dalam kesakitan. diri ini menyalahkan kau, punca kesakitan yg aku rasai. namun aku tetap teruskan perjalanan. luka itu aku ubati. juga aku ubati sendirian tanpa kau meneman. 


dan selepas itu aku kembali berjalan, sendirian seperti mana aku terbiasa dahulu. kini luka aku akibat jatuh itu tinggal parut. meskipun luka itu sudah tiada namun kesannya masih ada. dan ia sudah tidak sama dari pandangan mata sesiapa saja. tidak sama. apatah lagi aku sendiri yg mengalaminya. kau tahu? luka itu lama baru sembuh. selama itu juga aku rasa sakitnya sorang2. mane kau ? kenapa menghilang. aku selalu tanya soalan itu. tapi sepi tanpa jawapan. sejak itu aku teruskan berjalan. walaupun sendirian. lama kelamaan aku terbiasa sendirian. tanpa berteman. aku kembali seperti mana diri aku sebelum berjumpa kau. ingatan terhadap kau aku lupakan. aku tahu aku mampu. dan dengan itu aku jadi kuat. macam superman.


aku rasa hebat. tanpa kau pun aku boleh berjalan. kalau jatuh aku bangun sendiri. kalau luka pun aku lap lap sikit lepas tu sambung jalan. aku tak cengeng macam dulu dah. bila aku teringat kau aku akan cepat2 suruh otak jgn ingat lagi. sebab aku tahu kau bukan ingat dekat aku pun.


Allah memang nak uji aku. mungkin kau juga. satu hari aku jumpa kau. entah macam mana aku rasa macam baru kenal kau semula. kau rasa mcm tu tak? kau jwb tak. kau cakap lg kau tetap kau yg dulu dan aku pun aku yg dulu. tapi kenapa aku rasa lain. aku tak tau perkembangan hidup kau jadi aku tak kenal kau yg sekarang. jauh disudut hati aku tau kau sebenarnya bahagia tanpa aku. itu yang aku rasa. dan aku tak tau kenapa aku rasa itu.


sejak tu entah macam mana bila aku berjalan kau juga ada jd teman, tapi dari jauh. tetap juga berteman. aku tak tau kenapa aku biarkan kau teman aku berjalan sedangkan kau tak ada pun aku boleh jalan walaupun keseorangan. tiba tiba kau minta satu benda dgn aku. kau cakap kau nak terus teman aku berjalan. aku cakap kenapa.kau tak bagi jawapan. takpelah nak teman orang berjalan tak perlukan sebab pun takpe kan. aku biarkan kau teman. dalam diam aku rasa happy sebab kau nak teman aku berjalan lagi. walau tak macam dulu, walau semua dah lain dah beza tapi tetap mampu buat aku tersenyum. nak tahu kenapa? sebab aku rasa kau semangat untuk aku terus berjalan. terima kasih sebab nak teman aku berjalan lagi. jangan biar aku jalan seorang lagi. jangan biar aku keseorangan terkontang-kanting di tgh jalan sorang2. aku tahu kau pun tak suka kalau orang tinggal kau tgh jalan sorang2 kan. aku mahu masa yang menentukan, biarlah kita macam ni. kita happy. terima kasih untuk segalanya. u're the best thing i never knew i needed.


betul kau nak teman ? sebab aku takut. takut jatuh lagi. aku mahu kau tahu sakitnya tak mampu aku tanggung sendiri..jadi, tolong. aku merayu. kalau nak teman aku berjalan. tolong...satu je aku minta..jangan biarkan aku jatuh...sekali lagi.



korang faham tak ape aku cuba sampaikan ? takpe, aku sorang je faham.adioss ;)

No comments: