.i’m on my way to the future.

Thursday, August 4, 2011

empat ramadhan 1432h

Assalamualaikum..
hai. ermm harini takde interesting yg happen pun.cuma aku teringat sesuatu. 
empat ramadhan, genap tiga tahun arwah nenek belah ayah meninggal dunia. kami panggil opah aiskrim. tu sebabnye mase arwah masih sihat, opah ade buke kedai kecik depan rumah. jual cekedis utk budak2. dan name tu melekat sebab opah ade jugak jual aiskrim buat sendiri yg macam2 perisa tu. milo ade asam boi ade n banyak lagi.agak femeslah dlm kampung.paling excited kalau lawat opah sebab mesti dpt makan aiskrim.


mase opah meninggal, aku kat asrama. masa hari kejadian aku tergerak hati nak telefon mak lepas balik sekolah. dan bila aku telefon mak, bertanya khabar kejap lepas tu mak bgtau lah berita tu. serius aku terdiam. tergamam macam tak percaya. mak cakap mak dah on the way ke ipoh. sebab opah tinggal dgn pak long, abang ayah dekat meru jadi kebumi pun di sana. ayah anak bongsu dari 4 beradik, semua lelaki. paling sedih dan kesian dekat pak lang sebab tak dpt datang majlis pengebumian opah padahal rumah dekat klang je.sudah ditakdirkan segalanya. pak lang masuk hospital sebab ade operate ape ntah tak ingat pulak. tp mmg die terlantar and peluang nak datang tengok opah buat kali terakhir mmg sgt tipis. aku yang hanya cucu arwah ni pun agak terkilan tak dpt pergi apatah lagi pak lang, anak arwah sendiri kan.


lepas call mak tu aku letak gagang and terus pandang muka ain (besties aku) dan cakap "ain, opah aku meninggal" tak semena-mena air mate aku bergenang. agak ramai yg ade kat bawah tu nampakla situasi tu kan. aku ngan ain terus naik atas terbaring atas katil, die pujukpujuk aku..hari tu hari khamis, aku ingat lagi. lepas berbuka terus lepak bilik study sorang2 sebab aku takleh solat. aku macam down pun ada yela rapat kot dgn arwah. mase opah stay umah aku for few weeks pun aku ade jugak jage opah. and setiap kali nak balik ostel opah bagi duit blanje kat aku. back to story tadi, bila semua org dah habis solat, diorang masuk bilik study, sorang sorang cakap takziah kat aku. pelik jugak bila masa aku bgtau diorg n sape pulak yang bgtau kan. aku pun tanye la ain, upenye mase bace yaasin  malam tu the person yg lead bacaan yaasin dah bagitau semua and sedekahkan kat arwah opah. serius aku terharu. dan sekali lagi ak terkilan sebab tak dpt bersama-sama diorg malam tu. hurmm.


esoknya jumaat, ada majlis bacaan yaasin dekat sekolah aku dan ibubapa turut dijemput hadir. rasanya bacaan yaasin dan solat hajat untuk pelajar spm kot. aku pun tak ingat. dan wakil aku adalah ayah. macam2 perasaan ade mase jumpa ayah. aku nak sangat tahu macam mana majlis pengebumian arwah opah tapi aku takut nak tanya lebih2. tapi ayah jugak yg bukak cerita pasal tu and cerita serba sedikit. bila balik rumah hujung minggu, baru dengar dari adik aku sendiri, bolehla tanya macam2. serius sedih sebab takde kat tempat kejadian. sobs :'( sudahlaa yang pergi tetap akan pergi kan. kita yang tinggal ni perlu teruskan hidup.


ouh sebelum terlupa arwah opah meninggal sebab sudah tiba ajalnya. awal pagi yang hening itu, pak long kejutkan arwah untuk bangun sahur. tapi badan kaku tidak bernyawa sudah. kulit disentuh juga sejuk dingin. nafas didengari, nadi diperiksa. setelah pasti lantas khalimah innalillahiwainnalillahirojiun dilafazkan. airmata mula menunjukkan diri, pasti. tiada siapa menyaksikan hembusan nafasnya yang terakhir. semoga arwah kembali disisi Allah dengan tenang.


dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..
ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa besar arwah opahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman. amin.
sungguh, aku merinduinya...
assalamualaikum.


menangis tatkala mencoret ini. hati cakap, lemah. itu aku.

No comments: