.i’m on my way to the future.

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

malam raya saya

Assalamualaikum
malam raya yang agak havoc di rumah gua. yeah tapi happening gila. sungguh buat aku tersenyum. lepas berbuka lepas smayang maghrib lepas makanan dah turun sikit dlm perut tu semua lepak luar kejap. mak dan ayah pun. tengok je kteorang main bunga api n mercun yg dibekalkan abang gua. stock banyak agi tp omputih kate save the best for the last. hehe dah bosan men tu sume masuk umah. dah pukul 9 tapi banyak kerja yang belum siap. jadi mak mula menyebut-nyebut nama kteorang n tugas yg perlu kteorg buat. yes macam kat sekolah pun ada rasanya. hehe in this house ada 5 anak dara semuanya. sepatutnya 6 tapi kakak dah ikut suami balik kedah, beraya di rumah suami tercinta. jadi yang berlima ini pun dah cukup buat semua kerja. hehe nama farah and kak od mak suh kemas umah, adik aku aida suh iron baju raya, kemas kain yg berbakul tu, lipat and etc, kak reha plak kena sudahkan kuih tart nenas dia yg tergendala pagi tadi. while me? mom choose me to be her co-chef to help her cook the rendang and kuah kacang. i was like..seriously mom believe on me? menjadi co-chef mak mmg banyak kerja dan deria rasa kena mantap baru boleh hasilkan hidangan yang mantap. haha dalam hati aku cuma fikir mak syg aku le tew sbb tu nak anak dia yang jarang gila dok dapur ni jadi assistant dia *think positive sikit. hehe percaye atau tak bahawanya gua tak masak langsung sepanjang bulan Ramadhan ni. oh well yea sila percaya gua memang malas beb. kerja gua hari2 bancuh air, siapkan hidang and panaskan lauk. itu je. memasak semua emak masak sorang. berbuka dan sahur. aku tinggal makan je. teruk kan? tapi mak tak kisah pun. kalau kisah mak akan panggil nama gua and suruh tolong dia. hehew alaa bukan selalu. time ni lah nak makan air tangan mak. kalau tak sebelum ni air tangan pahit gua ni je. haha


korang memang takkan dapat bayangkan rumah gua riuh rendah dia macam manaa. sebelas org dalam rumah yang tak besar mana. semua tempat pergi mesti nampak muka orang. yang sana dok melantak tak habis2 yang sini sibuk men ps yang situ sibuk dengan kamera dia yang sinun dok online tanpa peduli org keliling and macam2 lagilah. tgk tv? tak dak sapaa. haha bila ada cerita best baru semua dok kerumun depan tv. pelik juga. umpama semut, dimana ada gula tertumpah disitu ada kaum kerabatnya *suke hati je reka peribahasa sendiri ;p*
nah silalah jamu sebarang dua.
umur tidak menjadi penghalang utk menikmati apapun bentuk kebahagiaan :)
*ini bukan utk dijual*
tema tahun ini turquoise! in lovee ;)

cukuplah, tak tau nak merepek ape lagi. nak tgk banyak lg gambar before raya and mase raye, silelah ke fb gua. yang friend ngan gua je boleh tgk. hehe adios lavista. kbai :))

Monday, August 29, 2011

berlabuhnya tirai ramadhan

Assalamualaikum *ini adalah entry tertangguh.jdi sila bygkan anda di tarikh itu.hehe
hari ini hari terakhir berpuasa. yeah. mari buat conclusion a.ka. majlis penutupan untuk bulan Ramadhan tahun ini. hehe. permulaan yang agak excited sebab da setahun kan terpisah dengan bulan puase ni. suasananya mmg tak sama langsung dgn puasa ganti ke puasa sunat ker. lain ye. bangun sahur kali ni tak pernah miss. hari2 bangun sebab mak akan kejut. even tak boleh puase pun mmg dah jadi kebiasaan aku untuk bangun sahur. lagipun macam lah buleh makan if tak puasa pun. saya buat bahulu dekat rumah orang. balik kerja je lah boleh curi2 minum ehem sudah cukup cerita pasal itu. hee


setiap hujung minggu pasti tggu kalau2 ada yg nak balik rumah, meriah sikit berbuka tu. mak akan masak sedapsedap. lain macam sikit menu dan ayah jugak akan berbuka di rumah. tidak di surau macam kebiasaan. itupun hujung minggu lah. kakak yg kat pineng tu je rajin balik. mereka2 yg di selatan huh haram...sibuk, kerja, itulah alasannyer. pertengahan puasa macam biase jer. takdak yg menarik sgt pun. untuk terawih, aku buat sendiri je di rumah. itupun bila kerajinan. sebab aku tidur awal sbb nak kena bgn awal. minggu pertama my sis yg dekat upm tu ada. jadi berjemaah berdua dengan dia. aku imam isyak, dia terawih. few days later she got back to upm so left me alone lah. tak semangat nak buat. tp gagahkan jugaa. dapat rasa tak banyak pengisian yg aku buat. menyesal juga, baca al-quran bape juzuk je pass. sedangkan mak ayah berlumba sape khatam dulu. ayah buat tadarus dekat surau while mom baca sendiri di rumah in every minute ada kelapangan. end of the month, masing2 dah nak sampai penghujung. sungguh aku tabik mereka berdua. walau busy tetap ada pengisian yg nak dibuat, tak macam aku. haih sendiri mau ingatlah. hurmmm


a week from eid, itu paling seronok. baru terasa bahang nak raya tu. dah besor2 ni mmg tak bape nak ade feel sgt raya2 ni. memang macam tu la lumrah kehidupan. excited tu ada tp takla se'beria' dulu masa kecik2 kan. tapi bila semua ahli rumah dah ada baru rasaaa..ouh nak dekat raya dah. seronoknyaaa. hehe first time dalam hidup aku tak perlu sibuk2 nak shopping pun, semuanya org yang sibukkan utk aku. bersederhana cukup. baju raya pulak sponsor, semua pakat sponsor lah. i'm so happy hehe untunglaa ada ramai kakak and abang. bersyukurlah anda yg ada mereka jugaa ;)


berlabuhnya tirai ramadhan kali ini memungkinkan banyak perkara. diterimakah segala amalan kita dan terampunkah segala dosa dosa lampau kita di bumi fana ini? masih adakah  kesempatan dan peluang untuk kita bertemu dengannya kembali? hanya Allah yang Maha Mengetahui. semoga masih diberi peluang. insyaAllah :)


so it's end of the month of Ramadhan. am gonna miss you. with tears, goodbye Ramadhan, welcome Syawal. selamat hari raya everyone :)



Saturday, August 6, 2011

enam ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
hai readers. to my current reader, special flying kiss i give. hehe ok jokes jee. hari ni bangun sahur mcm biasa. cuma lain sikit sebab kakak dan suaminya ada bersama. jadi lebih meriah. hehe. lepas sahur terima mesej dari Nana suruh dtg pukul sebelas. okay boleh tidur lama sikit. jadi lepas subuh aku pun boom(bahasa comel utk beby bermaksud tidur) dekat ruang tamu so that i can wake up easily later. hee pukul 9 lebih Nana send mesej lagi cakap boleh datang sekarang if nak. ok aku tak mandi lagi. terus lah bgn bersiap, aku tak tau nape tp aku menggigil lepas mandi. sejuk sgt. padahal taklah sejuk mana, takdelah pagi sgt pun. kat luar matahari dah muncul pun. haih. inila padah tak amalkan mandi lepas subuh. dah rugi nikmatnye tahu =.=


macam biase lah sampai umah Nana terus buat keje and aku org first yg datang. yg lain lambat sikit. kesian tgk die buat keje sorang2. tgh hari tu nana ajak pegi teluk intan beli plastik sbb dah habis. ok best, leh jalanjalan sekejap. lenguh juge wat keje tak berhenti . hehe hari ni penat sebab tak ramai yg datang. mak long and kak nisa je ade. so keje pun mcm slow sikit berbanding semalam yg laju mcm naik Sani Express. hiks ;p lately ni tiap kali balik umah, mesti aku nak emo. mungkin sebab penat kot. tapi kesianla dekat mereka yg kena tempias emosional tak perlu aku tu kan. haih. serba salah juge tapi dah terlepas bukan boleh patah balik. hmm


.hari pekak sedunia. 
"hulurkan air asam tuu" nah (sambil hulurkan air sunquick)..
"nampak ayah punya cermin mata tak" nie ha ayah, (sambil pegang pencil case and keluarkan pen marker utk ayah)
"akak nak kuar jap" pegi mane? "jalan" makan? tak kenyang lagi ker? baru berbuka kot.
semua org cakap aku tak bape nak dengar. tak pasalpasal dapat pangkat pekak badak dan asyik kena bahan je.. menciikk  --______--'
ok tu jer nak story takde mende pun. boring ni. babai lah ;p
menu hari ni terubuk stim ayam gorg rempah kurma ayam kuah asam sayur bayam buah mata kucing kiwi cekodok sunquick air kelapa 


"jangan terlalu mengejar apa yang tidak ditakdirkan untuk menjadi milik kita. sebaliknya tolehlah ke belakang, mungkin ada jua yang sedang mengejar. jadi ambillah ;) "- status budak gemok.haha


tak perlu berlari pun ok. berjalan je lah.

mak cakap, kalau marah macam mane pun kat org, sebaiknya jangan guna kata kesat. walaupun kita tak betulbetul maksudkannya tapi sebab dah marah mmg macam macam boleh keluar. bagi org yg tengah marah tu memangla relief gilaaa sebab dah lepaskan amarah dia kan? tapi bagi mereka yang mendengar? yang menerima? sgt tak cool ok. lagilagi kalau salah tu kecik je and bukan betul betul salah dia pun. mak pesan lagi (pesan kat abg sebenarnye tp aku terdengar hiks)..perempuan, setiap maki hamun ke caci maki ke, perkataan kesat yg mereka dengar, mereka akan ingat sampai bilabila. and yes it will affect the relationship somehow coz i admit yg suka mengungkit segala benda yg dah lepas adalah perempuan lebih dari lelaki. hehe so better elakkan marah kat orang ye. tak kire lah lelaki ke perempuan ok. nak marah marahla tp try guna bahasa ibunda. mesti tak jadi marah sebab gelak sorangsorang nak susun ayat IBUNDA tu. haha ok tak lawak. babai !  ;p  assalamualaikum :) 

Friday, August 5, 2011

lima ramadhan 1432 h

assalamualaikum..
i've receive text from Nana, one of classmates during primary school and also my childhood-mates :) she text me whether i can come to her house to help her on her business or not. and i said. yes. well, of course i can. i'm doing nothing at home and i am bored to death ok. so starting tomorrow i'll help her. what business? will tell later ;)


psst, maybe new label titled 'kerja' will be exist soon. hiks 
till then, as-salam :)

Thursday, August 4, 2011

empat ramadhan 1432h

Assalamualaikum..
hai. ermm harini takde interesting yg happen pun.cuma aku teringat sesuatu. 
empat ramadhan, genap tiga tahun arwah nenek belah ayah meninggal dunia. kami panggil opah aiskrim. tu sebabnye mase arwah masih sihat, opah ade buke kedai kecik depan rumah. jual cekedis utk budak2. dan name tu melekat sebab opah ade jugak jual aiskrim buat sendiri yg macam2 perisa tu. milo ade asam boi ade n banyak lagi.agak femeslah dlm kampung.paling excited kalau lawat opah sebab mesti dpt makan aiskrim.


mase opah meninggal, aku kat asrama. masa hari kejadian aku tergerak hati nak telefon mak lepas balik sekolah. dan bila aku telefon mak, bertanya khabar kejap lepas tu mak bgtau lah berita tu. serius aku terdiam. tergamam macam tak percaya. mak cakap mak dah on the way ke ipoh. sebab opah tinggal dgn pak long, abang ayah dekat meru jadi kebumi pun di sana. ayah anak bongsu dari 4 beradik, semua lelaki. paling sedih dan kesian dekat pak lang sebab tak dpt datang majlis pengebumian opah padahal rumah dekat klang je.sudah ditakdirkan segalanya. pak lang masuk hospital sebab ade operate ape ntah tak ingat pulak. tp mmg die terlantar and peluang nak datang tengok opah buat kali terakhir mmg sgt tipis. aku yang hanya cucu arwah ni pun agak terkilan tak dpt pergi apatah lagi pak lang, anak arwah sendiri kan.


lepas call mak tu aku letak gagang and terus pandang muka ain (besties aku) dan cakap "ain, opah aku meninggal" tak semena-mena air mate aku bergenang. agak ramai yg ade kat bawah tu nampakla situasi tu kan. aku ngan ain terus naik atas terbaring atas katil, die pujukpujuk aku..hari tu hari khamis, aku ingat lagi. lepas berbuka terus lepak bilik study sorang2 sebab aku takleh solat. aku macam down pun ada yela rapat kot dgn arwah. mase opah stay umah aku for few weeks pun aku ade jugak jage opah. and setiap kali nak balik ostel opah bagi duit blanje kat aku. back to story tadi, bila semua org dah habis solat, diorang masuk bilik study, sorang sorang cakap takziah kat aku. pelik jugak bila masa aku bgtau diorg n sape pulak yang bgtau kan. aku pun tanye la ain, upenye mase bace yaasin  malam tu the person yg lead bacaan yaasin dah bagitau semua and sedekahkan kat arwah opah. serius aku terharu. dan sekali lagi ak terkilan sebab tak dpt bersama-sama diorg malam tu. hurmm.


esoknya jumaat, ada majlis bacaan yaasin dekat sekolah aku dan ibubapa turut dijemput hadir. rasanya bacaan yaasin dan solat hajat untuk pelajar spm kot. aku pun tak ingat. dan wakil aku adalah ayah. macam2 perasaan ade mase jumpa ayah. aku nak sangat tahu macam mana majlis pengebumian arwah opah tapi aku takut nak tanya lebih2. tapi ayah jugak yg bukak cerita pasal tu and cerita serba sedikit. bila balik rumah hujung minggu, baru dengar dari adik aku sendiri, bolehla tanya macam2. serius sedih sebab takde kat tempat kejadian. sobs :'( sudahlaa yang pergi tetap akan pergi kan. kita yang tinggal ni perlu teruskan hidup.


ouh sebelum terlupa arwah opah meninggal sebab sudah tiba ajalnya. awal pagi yang hening itu, pak long kejutkan arwah untuk bangun sahur. tapi badan kaku tidak bernyawa sudah. kulit disentuh juga sejuk dingin. nafas didengari, nadi diperiksa. setelah pasti lantas khalimah innalillahiwainnalillahirojiun dilafazkan. airmata mula menunjukkan diri, pasti. tiada siapa menyaksikan hembusan nafasnya yang terakhir. semoga arwah kembali disisi Allah dengan tenang.


dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..
ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa besar arwah opahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman. amin.
sungguh, aku merinduinya...
assalamualaikum.


menangis tatkala mencoret ini. hati cakap, lemah. itu aku.

Wednesday, August 3, 2011

ketiga ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
how's today? fine thank you. just simple day i guess :) 
pagi tadi bangun sahur mcm biasa. ingatkan nak minum air je coz dalam rancangan tak nak bangun sebab sebelum tido semalam dah bersahur in advance tapi bila bangun, nasi sepinggan jugak aku isi dlm perut ni haa. dugaan lah, tidur dekat luar jadi bau sedap tu menusuk2 hidung yg tak mancung ni lalu senang je la mate ni nak celik kan. hurm mmg gemoklah jawabnye :( 


entry hari ini I nak menunjuk. dah bgtau awal awal nak menunjuk ni. kalau cakap nak berkongsi 'sharing is caring' kononnya kan tapi bukan boleh share pun ape yg bakal aku tunjuk.tapi berkongsi cerita bolehla hee :) jadi mari saya tunjukkan ape yg sy nak share actually. hee petang tadi sepulangnya emak dari sekolah, emak keluar kereta terus buke bonet and tadaa terkejut den tengok isi dalam keta..as today is the last day mak berkhidmat dekat perkasa nun, jadi tak hairanlah mak pulang dgn hadiah hadiah bagai ni. hee
org paling excited adalah adik ye. aku tak pun ;p
susun lawa lawa atas meja. 
penuh satu meja. mak cakap macam dapat hadiah kahwin pulak. aiks? hehe
sesi membuka pun bermula.seronoknya kalau ade org nak bagi aku macam ni kan. berangan jap =.='
the gemoks and tembams.
yg aku pegang tuh isi dalam kotak hijau di atas ;)
my favorite present. unik bangat nih.
really wanna have a candle light dinner. anyone?

bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. alhamdulillah. cukup lah perkakas untuk raya. jimat duit nak beli baru. baju raya pulak cukup utk dua tiga tahun punya raya. aku and kakak buat muka comel sikit dapat la sepasang sorang, seronok sgt. hee meskipun ada yg bersedih atas penghijrahan mak, mak hanya mampu tersenyum. dan diam diam mak tersenyum puas bila dapat apa yg dihajati. tak sangka memang ada yang memahami.hehe 

ramadhan ketiga ni ayah tak dapat bersama untuk berbuka. sebelum maghrib lagi ayah dah ke surau, ade kerja yg perlu diselesaikan. tanggungjawab perlu dilaksanakan. meskipun begitu, yang ada di rumah tetap berbuka seperti biasa. lepas ni makin keraplah kerusi yang satu tu kosong tanpa tuannya. kucing comel si ichie yg jadi pengganti bertapa disitu sambil merenung dgn mata comel minta sesuap dua. hee

menu hari ni kari ikan pari ketam masak lemak timun kuah kacang kuah durian jemput pisang sirap bandung 
sekadar untuk tatapan yang jauh di rantau orang. kami di rumah menunggu kepulangan anda. ececeh rindu sebenarnyaaa.sobs


baiklah itu saja cerita hari ketiga puasa. rezeki tidak datang bergolek jika tiada usaha. tetapi kadang kadang rezeki itu datang kerna ada tangan yg menghulurnya. hiks.. senyum selalu, assalamualaikum :)

Tuesday, August 2, 2011

second ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
second ramadhan, alhamdulillah. today i think much better than yesterday. i woke up early and also had my sahur. thank you Allah for the meals You gave to us..after had my sahur, waiting for subuh and i dun feel sleepy at all. at first lah kan, but just after dad sending adik to school, i am super duper sleepy. sampaikan si buncet call and text me several time pun i wasn't really awake actually. kesian awok. cuak ye jem pepagi bute ingatkan ade road block, upenye excident teruk sampai 3 kereta terlibat. ish3. hurmm..

okey anak dara ni tidur sampailah dia terjaga sebab mimpi bukan bukan.aku mimpi aku kene bersiap pergi sekolah and hell yeah i dunno what to bring to school coz i dun have books coz i'm twenty now and i dunno what the heck i learn at school with the age of twenty. serius nak nangis bila ingat balik.mom and dad plak gesa aku suh cepat coz the bus is about to leave me.sobs. hate mimpi tuh. mengarut gila, cehh. then i wake up and doing some house chores.

alhamdulillah, today i've reduce my time in front of the lappy :) what i did ? ermm still nothing much change, just lepaking dengan kakak and adik je. okla tu kalau tak memanjanglah aku terperuk dlm bilik online bersenang lenang atas katil empuk tu an. gilaa namanya tu =.=' lepas tu aku kena tinggal sorang sebab ayah ajak kakak aku tolong dia kemas office. and i was lazy to death to follow. si kecik tu pun ikut. while i am alone, i was thinking alangkah bahagianya if i can't fast today. tinggal sorang woi heaven gila kalau dpt ehem2 (eat lah) sorang2 kan. hiks tapi tu semua berangan je lebih =.=' tahun ni i rasa i puasa penuh. guarantee that. heh

menu hari ni udang masak lemak ayam goreng ikan bilis tumis timun peria kuah kacang papadom cekodok sunquick. semua home made air tangan mak. takde yg beli :)

alhamdulillah rezeki dari Allah, anak buah mak beri lauk utama hari ni ^^
style tak? hoho gila jahat aku. erk bukan selalu.plus, they all dah kenyang tuu. hiks i love you cats ! 
erk sempat snap pic mase makan? oh yes, i was texting someone while eating and my mom jeling jeling manja tengok i. hahaa *woi sejak bila gedik ni? =.='
.style satu.
erk ini tiada kerja. saya bosan jadi try maen lilit tudung coz the whole day i watched stylecoveredvideo on utube. hehee and nak pakai ni kat luar? mcm nak cakap memang tak lah. dalam rumah je boleh ;p
.style dua.
yanginimukamintapenampar.hahaa
erk avatar on twitter. do follow me ;p

cukuplah menggedik untuk hari ni, esok sambung lagii. cehh..
ermm i got weird feeling when i'm sitting alone and doing nothing. ouh at last i know that feeling. it was IMISSYOU feeling :')
goodnight loves. assalamualaikum.

Monday, August 1, 2011

first ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
while writing this i try to remember whether have i ever post about fasting month before ? and yes i think i didn't. thus, i guess this will be the first entry and i'll create new label for 'ramadhan' *so excited hee :)


tak best la ckp omputih. broken sana sini heh hari ni mak ade kejut sahur tapi aku tak bangun. itu le padahnye malam tadi tidur lambat.tapi taklah lambat mane. around 2 je kot. padan muke lah saya bakal kelaparan hari ni. takpe i know i'm strong. heh hari ni sekolah adik je cuti. and my sister kat upm tuh ade jugak di rumah sampai rabu ni insyaallah.


bangun pagi ase macam haaaaa lainnyeee rase...tak sama macam berpuasa sunat. setuju tak?tapi bagi aku permulaan ramadhan yg rasanya sgt lambat dan sangat lah rugi sebab tak banyak benda yg berfaedah aku buat hari ni..satu je macam happy sket, tak perlu pecah kepala fikir nak masak ape untuk lunch. hewhew yang lain tu, ermm routine as usual lah babes. membuang masa. tak tgk tv online tak online men gitar takpun men ngan kucing. see takde life kan. haih =.='


baiklah bermula esok saya akan kurangkan semua itu. insyaallah.tapi still thinking what should i do. nak buat kuih raya macam awal lagi kang tak sempat raya kuih dah habis. hehe selalunya satu or dua minggu before raya baru pulun buat kuih. ok tak sabar tunggu moment tu. heheh


hari ini isnin, jadi ade pasar malam dekat depan taman neh. bazaar ramadhan pula jauh sikit naik motor pun okay. aku malas keluar tapi mak rajin. bila emak yang beli jadi meriahla sikit hidangan berbuka ni. kalau aku yang beli semua untuk aku sorang je gamaknya hohoho insyaallah malam ni kalau takde aral melintang moh kite ramai2 pi terawih. it has been a year kan tak solat terawih. teringat pulak pergi terawih dekat masjid negeri kuantan. still, time asasi jugak the best. walaupun tak penuh sebulan sebab kadang kadang aku ade kelas malam atau terlantar kekenyangan...manusia seperti aku biasalah kan. jadi tahun ini saya berazam mahu penuhkan malam ramadhan dengan solat terawih, lagipun ayah hari-hari pergi surau and now it is just depends on me je..hope that i can make it, pray for me okay..^^


kucing saya juga berpuasa. hee

rinduuuuuu nak berbuka dekat padang MPK dengan ex-classmates :(
merindui mereka
sweethearts :)
muka lapar tak sabar nak berbukaa hehe

menu hari ini daging kari ayam masak merah sotong pedas ikan goreng sambal ikan bilis kuah kacang timun karipap cucur badak lepat labu tapai ubi sunquick bandung *mostly beli takde benda nak masak..

berpuasa sunat dgn berpuasa di bulan ramadhan memang tak sama langsung rasanya.


satu ramadhan berakhir sudah, 
berharap esok lebih baik berbanding hari ini. insyaallah :)
assalamualaikum..