rabu, 22 february 2012.officially result keluar. sejak hari ahad lagi kawan se'batch' dah kecoh dok tweet and naik status kecut perut, risau, tido tak lena semua sebab result nak keluar. and me ? like seriusly tak terfikir langsung. tak rasa apa2. macam tak ada ape yang bakal aku hadapi. aku pelik. takut dengan diri sendiri. malam tadi. ramai yang pakat nak stay up sebab normally result masuk email masing2 after 12 and above. yes it is, just like last sem. aku cek lepas balik dinner dgn kawan lama. balik lewat sikit lepas mandi semua baru tgk and betul dah masuk email. tapi kali ni dah aim siap2 tanak tgk malam ni. takut spoil mood nak tido. but still berharap email tu masuk before i went to sleep. and it didn't.untuk sedapkan hati, i bajet2 practice tgk result by viewing the past semester's result. cehh. setelah puas hati practice n kutuk diri sendiri betapa kurang bijaknya aku sem lepas, i decide to sleep.
i hit the sack very early than usually. almost twelve. but still, pusing sana pusing sini i just can't sleep. tak fikir pasal result pun tapi pasal masa depan. mungkin. which i really dunno what am i thinking about. sort of things in mind. until lastly i fall asleep. ok now perkataan result tu dah mula bermain di kepala and ekor mata. but my heart still pumping as usual. i mean tak berdebar langsung. macam orang lain sume cakap jantung nak luruh la rasa tak normal la tak fokus buat kerja and so on. tiem call petang smalam pun cakap dia lemah lutut sejuk satu badan bagai. *cehh dia tu mcm tu pun dl jugak*
celik je mata all i was thinking is email. yess email. mesti dah masuk. enam setengah pegi solat dulu and baring2 balik sambil texting dgn ain sampai tunggu pukul 7 baru on lappy. nak tunggu mak ayah kuar dulu. kalau tak nanti kena bebel pepagi dah on lappy. u wish =.=' well, laptop yg berat and line lembap nak mati mmg menguji kesabaran. i finally end up sleeping while waiting for the page to be loaded. big sigh there before sleep i just tutup suis. malas nak log off bagai. geram. yess. sangat. lepas tu terlelap and terjage balik pukul 9 something. tahu tak aku mimpi aku dah tgk email and resultnye empat paper fail. siap ade dengan skema jawapan aku dapat. markahnye pulak 40 ke bawah.bukan ikut gred a b c. satu paper dpt 61. mak aih mmg menghantui betul lah result ni. sampai terbawak masuk mimpi. hmm terjage je time tu terus bukak laptop. tahu dah proses nak bukak tu makan masa so i get myself clean and beautiful first. ehh ? hee can imagine betapa lembap laptop tuuu? hmm first thing first mmg aim nak bukak email terus. and yes ade 2 email baru masuk. time tu tak rasa pape pun. berdebar pun tak. tapi bila dah click email result tu baru dia punya degup tu tuhan je tahu. boleh dengar sampai telinga. hahaha dah tgk result. ok puas hati. senyumm je mampuu. perlu usaha lagi ni. terus tanya kengkawan yg lain. mostly sume naik. classmate aku hampir separuh dl. syukur. mesti lecturer puas hati dgn kelas kiteorang even banyak buat hal sem lepas. dan aktiviti sepanjang hari ni adalah mesej org. few of my friend takut nak cek. tak confident. aiyoo lambat laun kena tahu jugak kan. hmm takut2 pun tgk2 kang dl. tahu sgt dah. mencikk huhu
none of people in this house tahu aku dapat result hari ni. saje malas nak bagitau. hehe mood agak baik, jadi mendorong diri ini utk jadi rajin. ptg, lidah ni rasa nak sumthing yg sweet, so i make cupcakes .dalam diam, this is a gift for myself. atas kenaikkan yg sikit itu. nampak usaha yg berbaloi :) dan ini yang paling sedap pernah dihasilkan. resipi ikut suka main campak tak ikut sukatan punn and lastly tenggelamkan hirisan coklat masakan dalam setiap cupcakes. duhh. mouth watering bila ingat the feeling of how it melts in my mouth. ok oveerrrr ! dah dah. hee
dah. tu je nak kecoh, actually aku pelik dgn diri sendiri. semakin kurang perasaan. marah, suka, ceria, takut, sedih and so on. and yes, they're getting lost in me. semakin takda. tak reti nak marah adik macam mana aku marah dia dulu, tak reti nak senyum dekat sesiapa. but cry, i still manage to do that. hurmm looks like aku dah pandai nak sorok or buang perasaan jauh2. bila fikirkan ia, ia datang bila tak, the felling will just dissapear and hide in me. itu lah yg aku rasa aku buat, cakap pasal result tapi taknak fikir so tak rasa pape. buat kerja lain and tak fikir langsung pasal tu. it is just so awesome. tapi ada satu perasaan tu, memang tak boleh buat apa. nak buang tak boleh, nak sorok takde tempat tersembunyi, taknak fikirkan pun i can't. it just there and haunting me all the time. big sigh there. tak tahu nak buat apa dah.dan sendiri konfius perasaan apa sebenarnye itu ?
baiklah, stay tuned. assalamualaikum :)
korang, rinduuuu.
No comments:
Post a Comment