.i’m on my way to the future.

Sunday, February 17, 2013

15 Feb 2013

olla ! selamat petang. seperti yg digembar-gemburkan bahawa result bagi semester empat bakal diumumkan awal dari tarikh awal yg diberi..semua student konfirmlah cuak kan. but as for me..mungkin Allah sayangkan aku. demam teruk 3 hari. tapi tu semua tak menghalang aku dari menjadi seorang makcik yg bertanggungjawab kepada anak buah aku seperti yg dimintalah. hahaha ayat poyo gilaa 

dalam hati terdetik, sama ada Allah nak kurangkan dosa aku atau ini balasan atas dosa2 aku. tahu tak demam tu seksa? kepala konfirm lah sakit pening2 lalat. suhu badan turun naik ikut cuaca sekeliling. lagi sejuk suhu bilik lagi panas lah badan guwe ni. nak2 kalau time ambil wuduk. menggigil. mandi sekali je sehari sebab memang menggigil sejuk sampai ke tulang sumsum. *tulang sumsum ? seriously -_-' bile sujud rasa sakit sgt kt kepala dan jugak leher. sebab ulser. bila baca doa, nafas tu mak aih panas bukan main, risau2 je kot2 terkeluar darah dari hidung *overnya* ulser tu besar gabak dekat tekak siap bengkak. makan pun kurang selera sbb nak telan sakit. sampai abang gua tegur "aik, kejapnye makan.lek ah banyak lagi ni. selalu kat rumah cepat je habiskan." aku hanya mampu tersenyum. dlm hati cakap "i diet lah" *konon* hari keempat dah ok sikit sebab malam tu tidur dlm kepanasan dan badan berpeluh gila. so itu tanda demam dah kebah. cuma tekak je masih sakit. nasib baiklah ade kakak. die macam faham. bila nampak kite pakai sweater n stokin dia tanya demam ke and i replied taklah sejuk je. taknak risaukan die. bila Aish nangis n i'm not beside him, kakak tolong tengokkan padahal anak dia pun berjaga juga.

entah kenapa sem ni dah set kat mind nak cek result at after 3 pm. and seriously tak rasa cuak barang sedikit pun. pelik dgn diri sendiri. mungkin betullah kata org, keadaan sekeliling sebenanrya yg paling mempengaruhi fikiran, perasaan dan emosi kita. buktinya? aku hanya akan rasa sikit cuak ataupun risau bila aku mengadap twitter. bila aku tutup laptop dan menjalani hari2 ku seperti biasa *padahal sakit masa tu* aku definitely ok and tak fikir pasal result pun. so orang sekeliling or lebih tepat lagi yg duk dalam twitter or facebook tu yg main psychology much. huhuu jadi hari Jumaat yg indah itu, bangun2 tidur sampai ke tengah hari sampai lah ke pukul 3 memang tak online langsung. mujurlah ada tetamu, kak Una datang so tak lah boring, boleh borak2.hehew 

dalam pukul 3 macam tu Kak Una minta diri so ikut lah iring dia sampai ke visitors bays. melangkah je masuk ke rumah semula rasa excited dan gemuruh tu dah datang. terus on laptop dan log in email. malangnya try seratus lima puluh juta kali tak boleh log in jugak. last2 email kena block. macam harommm. ape masalah entah. then terfikir nak log in student portal. *tak suka tgk result kt sp sebenarnya* bile log in......deymmm 

"keputusan peperiksaan anda telah disekat kerana anda tidak melengkapkan SUFO..blablabla" *lebih kurang mcm tu la ayat yg tertera..dgn serta merta aku menjerit sehingga kakak kat sebelah melatah. kah3. b*d*h mcm mana aku boleh tak isi. setahu aku aku dah isi semua dengan fatin kat bilik dia. *ingat lagi tu haha* dgn segera isi SUFO. oh ade dua subject tak isi. HRD dan LAW. cehh. lepas isi, try log out dan log in semula. malangnya masih belum diproses. ok takpe2 kita tutup dululah lah laptop ni. gua pun buat tak tahu je tengok tb, makan nasik berlagak cool padahal risau terus mesej semorang tanya nak kena call uitm ke tak. hahah then semua pun jawab tak tahu, try lah call. ohh memang tidak, malas lah nak call. 

selepas beberapa purnama, gua try buat benda yg sama sambil mulut bace lah ape yg patut disaat2 akhir ni semoga Allah kurniakan rezeki dan permudahkan segala urusan.huhu log in dengan cermat dan tadaaa tanpa segan silu result gua terus terjojol keluar *over* huh tak tengok lama, tengok huruf LU semua, tengok pointer then terus pangkah tab. fuhh syukur, hehehe dah tu je nak citer. kecoh kan ;p

sebenarnya bukan nak mengeluh sebab sakit dan dihadapkan situasi begini cuma kite kena la sentiasa bersedia utk hadapi ape je yg bakal datang kat kite. dan saya dah lame tak demam, last masa cuti sem lepas masa bulan puasa I balik Taiping, mak jaga tau. hehe dan mungkin sebab tu macam terkejut rasa badan gemok ni haa.haha 
-pernah dengar tak "hidup tak selalunya indah langit tak selalu cerah" "kusangka panas sampai ke petang, blablabla" haa ade la tu kaitannye kan huhu 

assalamualaikum.
on 14 feb, first love a.k.a first ex tetiba call. 
jangan harap aku nak angkat. okbaii

No comments: