kamu,
yang selalu mengingatkan aku bahawa aku ada kamu.
yang selalu memberitahuku bahawa kamu sayang aku.
yang selalu memberi kekuatan untuk aku jalani hari2 aku
yang selalu menasihatiku apa salahnya aku
yang selalu menemaniku di kala suka atau duka
yang selalu ada bila aku perlukan kamu
yang selalu mengajar aku erti sabar
yang selalu melupakan aku tentang kekurangan aku
yang selalu menerima aku seadanya aku
yang selalu mencintai aku sepenuh hati kamu
boleh tak?
aku tak mintak banyak, boleh tak aku mahu mintak sesuatu dari Tuhan?
aku hanya mahu kamu.
untuk sepanjang hidup aku.
ya, aku hanya mahu KAMU..
.i’m on my way to the future.
Monday, January 11, 2016
untuk pertama kali
rasa seperti air mata yg banyak terbazir sebelum ini berbaloi untuk sesuatu.
sesuatu yang tak dapat digambarkan tapi ia hadir melalui perasaan.
perasaan bahagia, mungkin.
benarlah kata orang,
selepas hujan akan adanya pelangi. cantik.
tapi tak dapat nak ungkap rasa cantik itu tapi yang pasti ada suatu nikmat padanya.
Allah,
tetapkan rasaku ini agar aku tidak lalai dan leka dengan dunia sementaraMu ini.
hadirkan seseorang yang dapat membimbing aku di kala aku jatuh tersungkur
di kala aku tersesat untuk kembali ke jalanMu
Izinkan aku untuk menjadi penghuni dunia kekalMu di Sana kelak. supaya aku dapat menggenggam erat tangannya dan memilih pintu syurgaMu yang mana satu aku mahu diami bersamanya.
di kala aku tersesat untuk kembali ke jalanMu
Izinkan aku untuk menjadi penghuni dunia kekalMu di Sana kelak. supaya aku dapat menggenggam erat tangannya dan memilih pintu syurgaMu yang mana satu aku mahu diami bersamanya.
InsyaAllah, Aamiinn
Tuesday, January 5, 2016
aku harus pergi
aku harus pergi...
sebelum ada hati yang terluka..
kerana aku tahu sakitnya rasa dilukai
sebelum ada jiwa yang terseksa..
kerana aku tahu seksanya menahan rasa
sebelum ada cinta yang terkhianati..
kerana aku tahu tingginya nilai cinta itu
sebelum ada ikhlas yang tidak bererti..
kerana aku tahu tulusnya keikhlasan hati yang dicintai
sebelum ada mata yang ditangisi..
kerana aku tahu peritnya rasa air mata yang dibaziri
sebelum ada nadi yang terhenti..
kerana aku tahu nadi ini bisa mati
sebelum aku pergi, izinkan aku...
mahukah kau melihat aku pergi ?
Monday, January 4, 2016
untuk kita pendosa
semakin aku mendekati taubat semakin aku terasa banyak dosa dosa aku.
Allahu Rabbi, layakkah aku dimaafkan ?
untuk pendosa seperti kita,
harapan selalu ada..
semoga kita terus istiqamah.
insyaAllah Aamiinn..
Allahu Rabbi, layakkah aku dimaafkan ?
untuk pendosa seperti kita,
harapan selalu ada..
semoga kita terus istiqamah.
insyaAllah Aamiinn..
Subscribe to:
Posts (Atom)