.i’m on my way to the future.

Thursday, June 30, 2011

.rabu.

Assalamualaikum..
again, it is another wednesday. takde wordless wednesday utk hari ini ye. hari rabu je tajuk nak guna tu, bosan. hehe


masih, seperti semalam. mereka2 masih kurang sihat. mak dan adik tak pergi sekolah pun tadi. kakak pun begitu sampai kena pegi klinik dgn mak sebab mak lelah susah bernafas. sedih ouh mcm ni.hurmm and the worst, hari ni dapat tau adik kena chicken pox. mulamula i am not worried at all sebab aku dah pernah kena masa sekolah rendah dulu tp sebenarnya it is depends on our antibody jugak benda ni. tak mustahil kalau aku boleh kena utk second time kan. and abang aku pun baru beberape minggu yg lalu kena jugak utk yg kedua kali. so starting for now still i have to be careful. kalau tak berparut lah. dapat pulak panggilan 'bintik' mcm tunang abg panggil dia mase kena tu. haha


hari ni bosan gilaaa. semua pakat nak tido je tgh hari. tv pulak tade citer best menarik atau yg da bomb ! semua nak ulang beribu kali je. jemu la jemu..lepak luar rumah bg ikan makan. duduk duduk sambil usha jiran depan. anak dia ensem weyh tp jarang gila kat rumah. i wonder ape dia kerja. tp umur mcm around me je. heheh bukan tak kenal jiran sendiri cuma several time tukar org rumah depan ni. tibatiba je time semester break aritu pegi pasar nampak mamat ensem jalan sorg aku tanye farah "eh tgk tu ensem kan? sape tu, kenal tak" farah tepuk dahi ckp "ellow, tu jiran kte ok"


gelak besar kteorg lepastu. haha memandangkan adik aku ade kat umah dah lame so die lebih tau and die pun da investigate awal2. paling tak leh blah siap tau pukul bape org tu kuar umah pukul bape balik harihari. haha dan aku paling malang sebab tak berjaya tgk dengan lebih jelas, memang payah. rumah agak jauh and aku pun manela suke sgt lepak luar kan. buang mase and panas je nak watpe. ehem2. hehe dahla end with the handsome neighbor. one day nanti, bila abg aku kenduri barangkali mesti jejiran tolong2 kan. ehem aku snap pic senyap2 pastu post kt sini ea.heheh *sumpah gatal :P 


actually nak cerita, petang td i'm bored to death thus aku capai kunci dan menapak ke kereta yg siap parking dekat luar tuh and started to remove all the things inside it. then bawak keluar vacuum hikmat tu..lepastu cucuk kunci and pasang radio kuat2 haa pedulikan jiran sebelah tuu. hee sowie bukan selalu kann. well, this is the second time aku wat kerja ni. first time dulu masa dekat sekolah ada buat kempen ape ntah tp kena basuh kereta cikgu. satu kereta rm5 if i'm not mistaken. luar dalam tau. and duit tu bukan kteorg dapat tp masuk tabung sekolah laa. kira kerja sukarela la ni. penat jugak tapi best sebab dpt main air simbah2 member. hee aku ingat lagi shift aku petang and group last so tak panas sgt and cuci bape bijik kereta ntah tak ingat pulak.


and now bila buat sendiri baru tahu teruk mana kereta tu and boleh estimate berapa bulan tak cuci. hehe teringat pulak kalau kat kuantan first and second sem selalu teman intan cuci kereta guna yg automatic tu. kita duduk dalam kereta gerak slow2 dekat luar org cuci kereta. tp awas, cermin calar ouh kalau selalu sgt pegi automatic car wash. not good not good. hehe macam biasa entry aku lately kalau takde gambar tak sah. hikhik rejoice ! 


antara harta karun yg berjaya dikeluarkan.haha

pasirpasir haluusss banyaaakk.
si chicken pox nak jugak kacau tolong kakak dia yg rajin ni. *muntah
tadaaa..kesian, luka teruk sebab langgar divider. silau ouh time tu. 
selesai yang warna hitam move on to silver color 
kereta abg hairi, tunang kakak pulak (bakal abg ipar la kirenye kan)
dah macam ape daa.btw, tak basuh luar pun.malas nak main air. just setakat sedut2 habuk sampah bagai tu je. but yet still bnyak bahagian kena buat. erk, main air lain kali lah.
penat lelah weyh buat sorang, so this is some refreshment for my self. tehee

i wrote my routine everyday lately.i thought i did the same routine everyday. but today i realized, i didn't. everyday never be the same. try yours ;)


the end. assalamualaikum.


esok hari terakhir June. semakin menghampiri JULAI semakin sesak dada ni. ermm kenapa? 

Wednesday, June 29, 2011

.menjaga yang kurang sihat.

Assalamualaikum..
hari ni takde plan ape2. bangun macam biase buat rutin yg sama juga macam biase. tgh hari tadi kakak yg stay di sarawak balik dari kl setelah seharian smlm di upm ada kerja. terkejut aku yg tgh mencoba coba main dgn hair curler.haha tp tak menjadi pun =.=' 


kakak ade mengadu sakit tekak, rase macam nak demam. hurmm semua org dlm rumah ni pun nak sakit kenapa ? :( ayah, since balik terengganu hari tu da tak sihat. batukbatuk selesema teruk suara pun bertukar menyusul lepas tu mak pulak adik pun begitu.semalam mak balik awal dari sekolah pukul 12 terus masuk bilik, tidur.and me? sekor sekor je lah takde sape nak layan. kesian tak kesian kan? petang tadi, kakak dgn pening2 lalat drive pegi farmasi beli ubat. mencegah lebih baik dr mengubati kan. tp da terlambat nak mencegah. balik je kakak da start demam. muntah2 segala. 


it's my duty to take care of them. nak harapkan siapalah lagi kan. maghrib, tgh lipat telekung kakak cakap "ina, masakkan akaq bubur nasi boleh ?" terus angguk kepala walaupun tak reti masak bubur sebenarnye. fail sokmo! bab memasak mak paling terer. takde sape dpt challenge. setiap kali aku masak pun mak akan rasa dulu apa yg kurang yg terlebih mak akan betulkan bg lg mantop. tapi kali ni i've to do it by my own. kakak ckp tak susah pun. ok, i'll try. make the best.hehe


tgk jam awal lagi so aku online jap. tibatiba mak panggil minta tolong urut. sakit badan. i understand so tanpe bnyak ckp tanggungjawab sebagai anak dilaksanakan. da lame tak mengurut. so kind of terpeleot jugak tgn ni buat kerja.heh and suddenly i realized something. sah, deria jari telunjuk sy sudah takde. all i can feel is 'kebas' dah lebih seminggu tahu and this is not best bro.namun aku redha. kerna bilabila masa Dia boleh ambil hakNya kembali. kan? 
what should i name this? krim habbatus sauda? erm dunno lah
tapi this is nice. best bro. sikit je da cukup buat panas gila.
bila senak perut, bila period cramp ini penyelamatnya. hee
ini untuk kakak.use simple ingredients je.sedapla jugak bg tekak aku 
tp org sakit mane ade deria rase sgt kan? so who cares. heheh
and this is for beloved mom. selera wanita separuh abad, ikan bilis itu perlu.hee
dan ini. hadiah utk diri sendiri. 
vanilla ice cream n milo tabur.
macam mane tak gemok. asyik mkn mcm ni je =.='
cinta mati saya, ichi. muah muah ckit :)


oklah sampai sini dulu. seronok juge jage org sakit ni. mengeratkan yang dah sedia erat. and this reminds me to the time when i take care of my bestfriend mase dekat kuantan. seriously miss that moment :') ya Allah, Kau peliharalah ahli keluargaku dan semua muslimin muslimat di atas muka bumi ini dan lindungilah mereka dari malapetaka yang tidak diingini. berilah mereka kekuatan. amin.

jaga diri semua. salam israk mikraj :)
assalamualaikum.

dengar lagu baru hazama kdg2 boleh buat airmata nak jatuh :(

Sunday, June 26, 2011

.sabtu.

Assalamualaikum.
hari ni bangun awal. akan ada tetamu ramai. sedara mara semuanya. i am excited but secretly the tiredness i've to face inside me made me not really excited. i totally tired and can't even move my hand doing hard work. rasa sama macam waktu balik dari kem PDP first semester dulu. sumpah penat sakit nak mati. nak bukak baju pun tak larat. tangan and seluruh badan lenguh2. ok itu kisah lama.but yg ni ala ala tu jugakla.


what ever it is, i am strong rite. serba boleh ni.hehe tapi lagi serba boleh. mak masak seorang. tak sempat nak menolong. just susun2 meja n angkat hidangan je lah keje aku. menu yg tersedia. rendang ayam lemang bihun goreng triffle kek coklat kuih muih kerepek mepek air teh milo ribena and aiskrim. alhamdulillah penuh dua meja. mostly sedara mara yg bawak. menjelang tgh hari.semua sudah ade berkumpul. now's let heading to parit 9 ! ok, malas cite panjang. few pictures here .enjoy.
.latest.
waiting for the bride
pernah makan ni? zaman muda2 dulu dekat kg time tgh main2 selalu makan.
tak tau ape namanye. rasa mcm petai. hehe  
.with mom.
pipi sy tembamnyaaa tapi tapi
apesal dlm gmbar nmpak mcm KURUS
T_T
ok tak. gemok je.gambar atas tu tipu.
one word, creative !
when it's my time nanti. nak buat ini jugak. coklat! yummy ;)
(sorry gmbar pengantin x sempat snap and and malu nak mencelah dekat lots of photographers tuuu.heee)


ok itu cerita pagi tadi. malamnye pule kenduri sepupu ayah pulak. musim org kahwin sekrg kot, bertindih2 pulak majlis saudara terdekat tak tau nak dulukan yg mana. mujur dua majlis berdekatan. takde hal lah.
perempuan cantik n lelaki hensem.mmg sepadan sedondon secocok
*maaf, kualiti pic yg kureng*
i got blue colour.sepadan dgn baju. hee
sekarang fesyen org bg doorgift letak dlm benda alah ni.
isn't it cuteeee?? erk tak mahal ke. aku rase budak2 kecik tu buang je lepas dapat isi dalam tu.golongan mak mak dan ayah ayah mungkin takla but i'm talking about the kids, bekas cantik tak peduli janji dpt isi dalam tu.betul tak? and same goes with the 'bunga telur'.habis telur bunga dibuang. hee whoah tak penah wat entry sal benda alah ni kan. hehe well tak kisah la org nak ckp aku batak jakun or whatever. coz mungkin sedekad dari sekarang atau zaman akan datang org da tak main dah bg benda2 mcm ni mungkin mereka beri ipod sorg sebijik *overs gila* so nanti aku bley tau ouh dulu org bg mcm ni upenye, skrg lain dah. got me? ok thanks ;)

baiklah sekian sahaja dari saya.hamba allah yg hina lemah dan daif.
till we meet again.senyum selalu.assalamualaikum ^_^

p/s: nak kahwin grandgrand kena ada bnyak duit. kumpul duit dr skrg jum :P


Friday, June 24, 2011

.tiada perasaan.

Assalamualaikum.
bangun pagi subuh lagi ambil wuduk solat subuh termenung seusai membaca doa termenung akan mimpi malam tadi mengapa muncul dirinya dalam mimpi lagi? penat dengan semua ini. hari ini seperti ada kuasa aneh meresap seluruh badan.tidak seperti kebiasaan akan tidur semula sesudah subuh.pagi ini tuala dicapai lalu terus membersihkan diri. siap sudah, tugasan harian dimulai.where should i start? i start with the laundry. selepas itu melangkah ke dapur. work out with the dishes n breakfast. roti telur keropok lekor kek lapis sarawak with kopi susu and teh feveret ayah. done with breakfast mase utk kemas rumah. sapu sampah seluruh rumah then lipat kain. done with those works kaki terus menuju ke luar rumah. top up air kolam n feed the fishes. while waiting for the laundry tangan terus mencapai object hijau dengan niat mahu menyambung tugas yg terbengkalai semalam. jam baru pukul 9 masih belum terik di luar matahari baru nak munculkan diri. terlalu kusyuk menghapuskan rumput yg sudah umpama lalang sambil melayan bermacam2 perasaan , tanpa sedar sejam berlalu. kerja ditangguh lagi simpan utk petang nanti.matahari sudah mula terik. tersedar kain belum bersidai lalu bergegas menyudahkan tugas berkenaan. selesai segalanya kaki menuju ke ruang tengah, menonton tv. bertukar2 siaran sehingga akhirnya tertumpu cerita coffee prince. watch it for second time. mate begitu berat seakan tak mampu dibuka. sedar tak sedar sudah hampir tengah hari tak lama kemudian terdengar bunyi hon di luar menandakan mak da balik. segera melangkah ke dapur keluarkan makanan basah dari peti utk memasak. ayah pulang dari solat jumaat baru kerja memasak selesai. asam pedas sayur kailan ikan masin ikan goreng. emak yg masak menu utama. sesudah makan solat rehat lagi. tgk tv boring pegi dapur bancuh air buat ais krim asam takde kerja menjelang petang tunggu asar then baru sambung kerja di luar yg tergendala. not feeling well badan semua sakit2. namun kerja perlu diselesaikan sebelum esok da lame sgt rehat sepanjang cuti jarang buat kerja berat ini padahnya. fokus on my work till the sun hide itself. serious penat. but still i have to. then take my bath pray dinner and watch tv. akhir sekali tidur. very tired nothing else can be done. 


maaf ini entry paling tiada perasaan. tiada langsung sedikit suntikan perasaan dan emosi.i'm lost.sekian.assalamualaikum.
                                                                                                
nah, dpt sebotol ubat dari ayah. vitamin. 
perlu makan setiap hari.tak suka ubat, btw thanks dad.



honestly, i miss you and US  :(
i'll unfollow u since it's kind of hurt me to get know bout you.  

Thursday, June 23, 2011

katakan taknak kepada....

Assalamualaikum
Hye everyone. Dunno what to talk about. Since menghantar budak tu ke Besut, aku tinggal sorang dekat rumah.buat keje sorang2.dan secara tak sengaja terjadi rajin.bangun pun awal dah. tak tido balik tau.hehe since hari tu jugak adik ponteng sekolah. 2 hari dah. Ape kena entah. penangan air mata sebab berpisah dgn farah kot. haha

Esok lusa perlu banyak tenaga. mesin dah pulih jadi halaman perlu dicantikkan. Tambah pule cousin2 bakal bertanggak ke rumah hujung minggu ini untuk majlis perkahwinan kak aisyah belah lelaki yg tinggal dekat bagan datoh nun. Can’t wait for that. majlis perkahwinan, sy suka sangat.but to be the princess for such ceremony, I’m not ready yet.afraid perhaps. plus, kind of scary n creepy.tibe2 je ahaha. Btw, congrates cousin ! may Allah bless both of you and live happily ever after.insyaAllah ;)

Well frankly speaking, what a relaxing life I have now. But then still I’m not really like it. For some reason juge.
here some pics during last weekend. tired weekend i guess. but satisfied enough. thank god :)
cameron
x lengkap kalau singgah and not having this.
superb dinner.cool place n delicious food.
english teacher to be.insyaallah
the room
kampus sultan mizan.
new me. GEMOK!
.jukebox.
DO WANT !
for myself . hee

ermm nothing much to say. will update soon. toodles ;)
assalamualaikum.


Bukan tugas manusia mengukur kebaikan atau keburukan seseorang.
dosa pahala semua, bukan juga tugas manusia menghitungnya.
For the things I’ve done, 
that would be the last one.promise to myself.
Say no to it.  semoga Allah rahmat.

Sunday, June 19, 2011

.short one.

.ADIK.
Assalamualaikum
kerana kita adik beradik, banyak benda kite kongsi bersama. dari kecik sampai la besar panjang mcm sekarang, terlalu banyak yang dikongsi. percayalah tidak akan habis jika dicoretkan disini. banyak tempat pegi same2.memang rezeki selalu bila nak berjalan u ade i pun ade.ok jom ikut. bila jalan2 tgk org, ade tak kena sikit kte gelak senyap2. jahat gilaa kan.haha


ade ketika bosanbosan selalu imbau kembali kenangan2 sebelum bergelar gadis, memang kite gelak besar. setiap inci setiap sudut setiap keadaan boleh direwind balik. nakal nak mati. macam2 benda pernah cuba. kena marah semua tu pun ingat. memang heaven. seronok sgt. tapi tu sume da jadi sejarah. da jadi kenangan. bilebile pun ingat, akan mengukir senyum dibibir.


tak lupe jugak bila gaduh. masing2 nak menang. sepatutnya kakak memang kena selalu mengalah dengan adik. tp kadang2 kakak yg ini tunjuk terer dan yes adik kalah. terduduk disitu menangis tanpe ade org berpihak. ish ish teruk teruk. tapi tu sume dulu. masih tak matang. hehee but seriously, yg gaduh gaduh tak ingat dah yang best2 je ingat. pelik kan? heee


kadang2 timbul istilah barang u barang i samee k. tp berpada-pada juga. tak pernah kisah kan. dah biasa. dan terkadang ia telah menjadi hak milik kekal tanpe disedari. sorry for that. tehee da besar ni. semua pun jarang balik. weekend is the day i always eagerly wait ! becoz i'm lonely ! no one at home. and after this, gonna be more boring ! 


takde sape nak ajak gaduh utk 3 bulan ni. takde sape nak ajak teman pegi pasar. takde sape nak masak sama2 atau u masak sorang2 kalau i tak bape sihat or malas masak or bangun lambat. takde sape nak buat keje umah sorang2 kalau sama dgn reason2 yg telah dinyatakan diatas tu jugak. takde sape nak rebut2 main gitar kalau tengah2 boring. takde sape i nak tegur dlm hati 'oit, senyapla bising je melalak'.. takde sape nak tidur sebelah i utk 3 bulan ni. i tido sorg? this is not good.hurmm lagi lagiii??? banyak, tanak tulis kat sini. for some reason lah.


before that, ingat pesanan ni. jage diri dekat tempat orang. jauuuuuhh tuuuu..i've experienced that ! survive sorang2. tough enough for a girl like me. hehee mmg balik sepurnama sekali lah lepas ni. semoga tak homesick, gud luck then. aww i really do care kan? :P


conclusion, i love u. even yg paling selalu cari pasal.


sincerely,
the very pretty, sweet, honest and humble girl on earth.
.ur sister.
short letter, THE END.
terengganu, here we come !
assalamualaikum :)

Friday, June 17, 2011

.business woman to be, insyaallah.

Assalamualaikum
hai.ermm how to start heh? ok la since semua budak degree sibuk tweet, post and tukar status about result sem satu so wa pun tanak la ketinggalan berkongsi rasa, jiwa serta raga wa ni. dua malam beb wa takley lelap. bukan tak tido langsung but then tergolek2 atas katil tgk kipas pusing2 sambil dok pikir sal result. pity me huh? haha ermm cuak gak. tapi dlm mase yg same tak sabar. penat da tggung rasa senak ni.nak cepatcepat laa hilang rase tak selesa ni.hee 


malam tadi lepas kawan lama anta balik wa terus andi lepas tu tgk tv jap. pastu kul 2 baru online. pergh melimpah ruahla tweet, status dan post kat wall sal result. wa da agak malam ni da bole tgk. tak payah tggu 9 pagi esok sgt. sebab time budak2 diploma punye result keluar hari tu pun camtu. tak sempat tido da tau result.hee wa cek email takde pun mulamula. da risau apesal lambat pulak an. org lain tau dah. tak kisahla online benda lain la kejap.stalk org.haha 


beberape minit pastu ade email masuk. ye la ym on je so bila ade email masuk bole tau kan. wa pun pegi la tgk.dgn tgn sejuk menggeletar bagai tu wa scroll email tu ke bawah.jengjengjeng...ape wa dapat? haha rahsie laa. wa hanye mampu tersenyum lepastu  gelak kuat2 sambil terguling2 mcm org gila dekat ruang tamu time tu. ok overs gila haha takde lah. wa panjatkan kesyukuran yg tidak terhingga sebab ...wa takde repeat. yeayy. seriously wa takde konfiden lgsung. i know how i perform aritu. teruk kot.carry mark sikit pulak tu. and and paling takley belah account wa dapat A.haha apelah wa jawab aritu. dahla tak balance bnyak soklan tinggal tak berjawab. dan menyedarii akan hal itu wa bersyukur2 sgt2. allah nak tolong kan. terima kasih ya Allah.permulaan dunia degree yang baik bagi wa. lepas tiga tu da bersyukur sgt. org lain lagi tinggi. DL belaka. jeles2. bijak betul budak2 zaman sekarang.makan ape mereka ye.heh


tapitapi kan...kte rase nak down pun ade lepas tu sebab kte tak dpt DL. *ok gediks* classmates wa ramai dapat. syukur. lebih 10 org jugak la.ye lah bebudak fast track belake dlm tuu. sokmo pegang title dl.no wonder la kan. so wa ase kecik besar kecik besar je compared to them.heh apepun terbukti kat senior yg kelas kteorg hebat. so tak bley nak sound2 lg pasni mcm yg lepas2..oppsss hehehe ape yg perlu pasni wa kena struggle more. makin nak graduate makin payah subject yg bakal dipelajari.so take note k ean ;) ok tanak citer banyak sal result. tak boleh dibanggekan pun. budak baru belajar memang macam ni. betullah kate pak tam, tak susah pun nak score bisnes ni. ok pak tam i'll try harder.pastu keje ngan pak tam. hee mak ayah, maaf. ini je ina mampu bagi. 
conclusion, ALHAMDULILLAH.
saja tayang kawan2 sekelas ni. 
sebab rinduuuuu :')
.yang pentingpenting.
family day business association 
the best day ever in sem 1
rasa mcm belajar dekat convent
perempuan semuaa.heee
heart uolls ^_^

ok sekarang ada lagi 3 bulan ni. nak buat apa? cer citer cer citer.
the end.assalamualaikum. 

hoi. how's the date went? i'm happy, no biggie ;)


sy sedar sy tidak hebat tp sy rasa sy hebat. ade masalah?

Thursday, June 16, 2011

.wordless wednesday.

 Assalamualaikum
hye everyone. malam tadi wa takley tido. wa dok terpikir sal result yang bakal keluar due tige hari lagi. eh luse je la weyh. sumpah cuak T-T..sort of things i've been thinking last night. my life after this, my studies, my works, my profession, my future etc etc..banyak tu wa pikir. sebab tu keluar bilik tgk jam da 4 pagi..terkejut gilaa *eleh padahal da biase tido lmbat* dasat tak..naik pening pale wa.haih all i can say for now is SAYA REDHA. 

well, all i hope was the good thing should happen to me on this friday. please be nice to me k penghulu segala hari..mak selalu pesan jangan tido lambat, jangan bangun lambat, jangan tido balik lepas subuh, jangan itu jangan ini...nanti rezeki tak masuk. yup mom, every single words from you i kept it in my mind. *yela sebab selalu kot mak ckp.hehe* well agak terasa la jugak rezeki aku tak bape nak ade lately ni. so i need to do something perhaps and pray harder. yela rezeki sume tu ketentuan Allah kan, dan datang atas usaha diri kite sendiri jugak. ok i da bosan duduk rumah buat benda sama setiap hari. seriusly i nak kerja nak isi mase dari terbuang camtu je. dalam masa yg sama nak bakar balik lemak2 tepu ni dan paling penting nak jadi mata duitan...hahahahah *gelak ala2 sin chan* apepun wish me luck k.hohoho

seperti yang telah kecoh di merate2 tempat, supposedly malam ni akan ade gerhana bulan terjadi. i'm not really sure about the exact time moment bersejarah ni berlaku but then dalam jangka masa tu ade jugakla wa keluar rumah mendongak tengok langit. seram sejuk jugak nak keluar sebab td menggatal nak tgk citer expose yg kt tb nun, pasal org kene rasuk.haha wa berani sebenarnye ok. tak berani takla wa keluar.hee da kuar tu, hurmm gelap je wa tengok. cuace hari ni mendung je. dari pagi tak terik pun, wa kena marah td sebab tak sidai kain, wa tak suka sidai baju dlm hujan. konfirm tak kering nanti jadi sejuk kain tu. *padahal malas sebenarnya.haha* 

ok back to the moon.*rase mcm nak nyanyi lagu talking to the moooon hehe* ok abaikaaan. haa lepastu wa tgk langit. bulan ade tp kabur. tak macam semalam, bulan penuh sumpah cantik. pukul 2 pg wa keluar rumah smlm pegi tgk bulan sebab ade org suruh.hee and memang cantik. tp malam ni wa confius, how should the moon be when it is called eclipse? awat kabur je bulan tu mcm dilindungi dek awan yg sarat dgn air hujan. langit pun mendung mcm nak ujan. dunno whether kat tmpat wa je camtu or tmpat lain pun sama jugak. sedikit kecewa sebab jarang kan benda2 mcm ni berlaku. not my luck kot nak tgk. see takde rezeki. sbb tido lmbat la ni..tp its oklah tak dpt tgk pun takpe, mari kawan2 buat solat sunat gerhana ;)  

an hours later wa keluar balik. ok kali ni langit itam gelap pekat. tak nampak pape. bulan da hilang. then terus wa masuk balik sebab sejuk gilaa kat luar. sounds ridiculous but believe me i'm wearing sweater since after taking bath petang td. freezing yaww, kelajuan kipas pun perlu diperlahankan kepada 3 sahaja. tangan, kaki semua sejuk. ade jugak terlintas dlm kepala masa aku da tiba ke? astaghfirullah. mengucap panjang aku.terdetik nak pakai stoking tp nanti kena perli baik punya dgn mak ayah or adik, berdarah telinga nanti. "ai, lemak tebal pun sejuk jugak?" -____-' haha whateverlah. yg penting i love the cold! tehehee ;D ok end with the moon, i know i'm kind of noob. haha

kawan lama call. 'kena balik umah semula ni ade brg tinggal'..
and i said so? 
'can we meet.just for a while.i'll drop by ur house'..
ermmmmm we will see later.it's raining outside.
'i know, not now la.i'll be arriving there this evening'
ouh ok. call me later then.
*few hours later...message received.
'dekat sg. besar..makan jap'
ok.
*few minutes later...
'lambat sikit. terserempak member lama kat sini'
it's ok,tak kisah. still raining outside.
*another few hours waiting...
it's too late now. bila balik s.a smule?
'ermm lewat ea? malam esok balik'
  .  .  .  .  .  .  .  .  .
'ok2 lets meet tomorrow'
.we will see bout that. bye 

i hate waiting. perhaps, no one does -______-'
esok? memang tak. tahun depan je lah.*geram.

ooppss, nak buat entry pendek gila2 je.. 
selalu terOVERDOSE over-type! hahaha.
baiklah sampai sini dulu.
goodnite.assalamualaikum ;)

janganlah kau bersedih coz everything's gonna be ok ;)

Monday, June 13, 2011

.old friend.

 Assalamualaikum
last evening i went to 'pasar malam' with my lovely lil bro and sis. lots of stuff we bought there. and mostly was food. as usual, it is monday. so, for lunch we don't prepared anything but then just cook the most simple dish.contohnye telur masak pedas, ikan bilis tumis ataupun sardin.dan kalau paling 'rajin' masaklah megi perisa ape yg disukai. nak tokok tambah perasa sendiri pun boleh.hee

well, as usual there's no one at home. mom will be home very late.paling awal pun pukul 4. it is hard to be you kan mom, sebab tu kami syg anda ;) while dad juga begitu. hari ni sibuk betul ayah. tak melekat kat rumah langsung. balik petang lepas tu azan maghrib keluar balik pergi surau and will be home at least at 10 pm as lately almost setiap malam ade musyawarah, halaqah or meeting surau. adik dan ijat pulak pegi sekolah. so during the day  just left me, farah and opah. so lunch is not a big problem for us. plus, i'm fasting on monday so ape yg nak dirisaukan. 

dalam pukul 6 ptg baru pegi pasar. suddenly in front of soya bean stall, i bump into my old besfriend. kawan baik mase sekolah rendah. memang gila rapat dengan dia. her name is nurul huda nabila. omg, went she saw me terus dia berhenti berjalan and stare at me seolah2 tak pernah nampak aku. ade gaya macam jumpe hantu jugaklaa.hee then tgn dihulur but then aku terus peluk dia. sorry, spontaneous act from me, excited sgt jumpa.hee at that time baru sedar time flew very fast i guess,last i met her was when she still at matrik gopeng. gila lama kan? padahal rumah bukan jauh sgt pun. tp selalu la contact dekat fb. so true la jugak fb tu connecting people kan.huhu

lepas berborak sekejap , die minta diri dulu. then, sempat lagi die 'puji' aku, "kau da lainlah" aku pun jawab, "jgnlah tegur, aku tau aku 'cantik'.haha" perasan! takpe nak sedapkan hati sendiri sebab aku tau maksud 'lain' dia tuu.hehee sebaik je berpaling, farah menegur "itu huda kan" and i say yes, eh how u know. "of course la.i ingatlah dulu selalu berkepit dengan u.selalu datang rumah lepak sama kan"..dan aku hanya tersenyum...

perjumpaan yang hanya beberapa minit tu berjaya membawa aku kembali ke zaman kanak2 ku.hebat kan kuasa allah. sepanjang perjalanan balik, aku banyak mendiamkan diri dan jalan tunduk ke bawah. diam bersebab ni. diam kerna mengimbau kembali detik2 mase zaman sekolah rendah.diam teringatkan betapa rindunya dengan kawan2 mase sekolah rendah, dan dengan huda yg seorang ni org yg paling rapat dengan aku walaupun mase dulu2 selalu jalan bertiga buat kerja juga bertiga,seorang lagi nurul asmaa namanye orang panggil shima. ke mane2 memang tiga sekepala ni sentiase melekat. 

kalau dulu balik sekolah bile petang terus naik basikal main dekat umah huda. dulu dia duduk dekat dalam klinik kesihatan sebab ayah dia kerja situ. so ade taman permainan dalam klinik kesihatan tu.ade gelanggang badminton and so on. so memang ramai berkunjung ke situ.mostly budak2 seusia kteorang la kan. huda pun ade 3 beradik je.and dia satu2nye anak perempuan dlm family so kehadiran aku n kawan2 perempuan lain ke rumahnya selalu disambut mesra oleh mak ayah dia. mak huda layan kteorang macam anak sendiri da. da kenal sgt kteorang serba serbi :) masuk sekolah menengah, kteorang terpisah sekolah.aku pindah convent. and i still remember they're crying when i said i'm gonna transfer to other school. shima paling teruk tak kisah orang sekeliling tengok sampai merah2 mate. sumpah serba salah gila time tu rase macam nak ckp kat mak, tak nak pindah please said tak jadi pindah. but its too late. from that moment our friendship da tak macam dulu. huda pindah rumah but still dekat jugak dengan rumah aku.but as i'm staying at hostel, paham2 je la kan jarang balik rumah. so peluang nak jumpa memang tipis gila. kalau dulu setiap petang isnin wajib jumpa pergi pasar sama2.tp since that, routine tu takde dah. then after spm masing2 dpt tempat lain2. huda matrik n aku tercampak jauh dekat kuantan. so sad huh.adela juge contact dekat hp tp jarang sgt.masing2 pun busy kan..and now i wish i can return back to the past and fix it not to end up like it had happened now T-T

why i made this entry? macam promote kawan pulak kan.hee well aku memang suka tayang kawan. nak tunjuk dekat semua orang setiap insan yang pernah melakar kenangan indah dalam hidup aku dan sentiasa memberikan senyuman dekat diri yang serba kekurangan ni. sebenarnya aku suka tulis sebab nanti kalau allah panjangkan umur aku bila da berumur bila da tua, kalau aku reti lagi membaca, reti lagi nak klik google chrome and taip sweets0ur91.blogspot.com ni aku akan baca balik semua entry aku dan andai allah tarik balik ingatan aku waktu tu aku tau aku pernah ada mereka2 ni dalam hidupku. time tu aku akan cakap terima kasih banyak2 kawan. kita kawan sampai mati :) 

bila ingat balik boleh undang air mata kerinduan kan, sebab tu semua orang suka zaman kanak2 kalau diberi pilihan nak pilih antara segunung emas atau zaman kanak2 tu for sure aku akan pilih time kecik2 dulu.seronok je takde beban pening kepale nak pikir masalah dunia ke economi ke masalah rumah tangge ke.opps hee  lepastu selalu rasa tak sabar nak tunggu weekend. cuti sabtu ahad boleh tgk kartun pagi2 dekat tv. lepastu rase heaven gila bila cuti tak perlu bgn subuh2 nak mandi sejuk2 tuu..hehe apepun yg penting time tu petang2 wajib keluar pegi main. aku memang nakal gila dulu. paling gangsta antara anak2 perempuan encik hilaluddin ni.huhu parut pun banyak and sekarang kalau tengok an bule ingat kat mane jatuh or ape sebab kewujudan parut tu.dasat an.teheee

oppss niat nak buat entry pendek je .tak sedar panjang dah ni. tu la dia pabila nada2 hati mula bersuara.tehee ouh ade lagi satu, tadi kat pasar adik si kecik tu beli ice blended kaler biru, macam sedap je siap ade icing n taburan colorful chocolate rice lagi.dgn slumber i grab it from adik's hand and said 'nak rase dik' dengan rakus ais comel berkaler biru disedut dan ditelan.sehabis telan terhenti langkah aku.'ya allah, akaq puasa la !!' nasib baik takde ramai org kat situ memang menempik aku.terlupa gilaaaa =.=' patut macam sedap je sedut. T-T moral of the story kalau puasa jgn ajak adik pegi pasar sekali. selalu pegi dgn farah je tp tadi adik baru balik sekolah agama nak ikut jugak dengan tak tukar baju..hah ambik kau , padan muka aku.memang adik yg aku salahkan sepanjang jalan tu.sian dia.haha  

hehe baiklah end of today's story. conclusion, i miss you so much huda.for this sem break u're working, it's ok. one fine day we will sit together and have a long long chat about our life ok ?
nurul huda bt hamdan
nurul asmaa bt hassan basri
raihan adlina bt hilaluddin

dulu kita pernah bangga sebab ayah2 kita semua nama start dengan huruf H kan. sampai sekarang saya bangga tau.rindu kalian. luv u all ! kita kawan sampai mati ok ^_^


sampai sini dulu. selamat malam, assalamualaikum.
tak jawab dosa , kalau jawab sayang ;)


sincerely,
old friend :)
 

Sunday, June 12, 2011

yang terbaru..


Assalamualaikum
Hai semua.terkejut tak tengok wajah baru belog saya ni. Hee it takes several days for me to make it tau.sebab asek tertangguh je.kesian kepada sesiapa yang mengklik tetapi takley view sebab sy buat private.maaflah pembaca setia tu. rimas dengan blog ni actually, da bosan dan sy nakkan kelainan sebab tu tukar.

hurmm tapi ini hasil yg tak bape nak best sangat pun. pic tu besar tahap mega kan burok bonar haha malas nak otter. dalam kertas kerja yg dilakar, nak buat header bentuk lain.tp agak leceh and I’m not that too pro utk buat header yg meletop2 macam orang lain.jadi aku amik jalan mudah, singkat dan segera dengan meletakkan je pic yg da siap diedit.dan bukan aku pun yang edit pic di atas itu tetapi kakak angkat kesayangan sy, kak farah husna yg buat.thanks lah, mesti gelak besar die bila tgk ni.haha

Takpelah. cuti panjang lagi kan.bole main tukar2 nanti.hee lame juge tak menulis.perkembangan terkini rasanya sekarang hari2 sy berlalu seperti biase .nothing much change. wah bila da tukar wajah blog ni rase macam buka buku baru.yess memang ini yang aku mahukan. mahu mula hidup baru disini.lepas ni tade cerita2 dongeng yang selalu aku coretkan kat sini.and as the person has walked away from my life thus i wanna kick out all the memories from my diary of life too.ish ayat, berbelit.haha 

'ceritabukupurple'..ehem,  sy dapat ilham nak gune ayat tu sebab memang dari dulu suka sebut.nampak tak buku purple yg comel tu?  yup, that's my diary. so special for me as it is a precious gift i've ever had .lots of true love story written inside it. erkk true love ke.eiiiuuu.hee lots of drama , lots of feelings inside it and every word is sincere and honest that come out from my heart . that book also have witnessed my tears, my laugh and my emptiness of life. saya suka purple jadi idea itu mariii dengan bayangan yg penuh dgn colour purple. i'm doing it bukan sebab ade kene mengena dengan org2 tertentu cuma mungkin kebetulan je kot.kepada yg berkenaan, harap2 mengertilah. tapi kalau nak rase kembang ke nak bangge sikit tak kisahla.its up to u.hak anda.hee jangan marah.peace.

i think sampai sini dululah. kering idea da.penat perah otak dan kering mata garagara mencantekkan belog  tercinta.huhu oversss.k bye
senyum selalu.assalamalaikum.
tak jawab dosa lau jawab sayang :)


well I realized n3 dalam belog ni mostly about u.
so after this, maybe it won’t exist anymore.
satu pesan sy, if need me just find me ;)

Thursday, June 9, 2011

saya berharap...

assalamualaikum, saya berharap…
Saya berharap hari ini sesuatu yang menggembirakan berlaku.sesuatu seperti tersepak seguni emas sebaik bangun dari tidur.sesuatu seperti ade rombongan datang mahu meminang sy.tetapi bertuahnya, semua itu hanya angan2 minah jenin semate,hehe tidak terjadi ape2 pun. semuanya berlalu seperti biasa dan saya bersyukur masih mampu bernafas sehingga hari ini.senyum sikit, kan manis tu J

Apalagi yang saya harapkan?

Saya berharap saya dapat tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. What will i be years from now? Teringat pulak lagu Que sera sera what ever will be will be…lalala~..ehem.kembali serius, saya berharap saya dapat tahu ape akan jadi esok, di mana saya akan berada beberapa tahun lagi, bagaimana rupa saya dan dengan siape sy bakal berjumpa lepas ni.hik3 pfffttt ade hatiii..=.=’

Saya berharap saya dapat pergi ke tempat2 yang best like 7 wonders of the world bila2 masa je saya nak. Jeles lah family sume da merase ke negare org. Turkey, Bandung dan bro arif akan bertolak ke gold coast esok hari. And me? setakat Sarawak je kamek merase.saya nak pegi melancong jugee. Seorang diri pun takpe. If I am a millionaire lah kan. haizz dan kalaulah pintu pink yang keluar dari poket doreamon tu wujud mesti heaven gilaaa..ok stop berangan !

Saya berharap..apabila saya bangun pagi, saya bukan diri saya sendiri. saya mahu jadi orang lain.untuk sehari je boleh tak? Bukan bosan dengan diri sendiri, cuma mahu merasa berdiri di kaki orang lain.setiap org punya timeline mereka yg tersendiri kan. news feed pun lain2 and home page juge begitu. i just wondering how it feel being them.tak kirelah sape2 je pun.ermm it sounds ridiculous dan harapan ini memang tak mungkin berlaku.hee

Saya berharap..saya punya hati extra. saya mahukan hati yang baru.tak suka dgn hati yang ini.bercelaru kacau bilau serabut macam2 perasaan ade.dan yang paling penting sy mahukan hati yg baru kerana hati ni da bnyak kali kena jahit.terluka terluka dan terus terusan dilukai.dah banyak bekas da.kalaulah hati itu boleh ditukar ganti kan.huu

Saya berharap saya mampu membaca kata hati dan fikiran orang lain. dengan itu saya boleh ketahui apa yg org tu mahukan dari saya sebenarnya.cth situasi, sy mahu tahu mengapa ‘orang lama’ itu suka telefon sy.da tau sy tak pernah angkat tak perlulah buat kerja yg sia2.sy mahu tahu sebabnya tanpa bertanyakan kepadanya. Justeru, sy berharap sy mampu membaca fikiran org lain.

Saya berharap setiap kali saya hantar mesej, si penerima akan respon. Setiap kali buat panggilan si penerima akan jawab. Saya tak suka menunggu.tambah2 penantian yg hanya sia2.sgt tak suka. Well, tanyelah semua org, confirm jawapan yg diterima adalah TIDAK. menunggu, takde sape suke kan? Rase macam bahan mainan je. Bile rase bosan, bile tengah sedih bile sakit bile nak bile perlu je baru cari kita bila tak perlu ignore kita macam tu je. mungkin ada yang pernah alami situasi macam tu kan.tak kisahla bf ke gf ke.kadang2 kawan2 sendiri pun buat mcm tuh.and paling best bile tgh moody dia cari kita lepas tu kita pujuk untuk kurangkan moody tu tapi last2 kita pulak kena sembur.sabar je lah.paling best kalau kena sembur baik punya.makan dalam ouh.takpe2 selagi mampu bersabar kita sebagai manusia yg lemah, hina dina disisi yang Maha Esa ni bersabar je lah ye. Heyy, people do have feelings ok. Jgn sampai encik Karma yg tunjuk ajarku sifu dekat anda2 yg suke ignoring people tu ye.tak baik tau buat mcm tu. Kalau tak tahan sgt hantar je text “weyh, aku tak suke kau, meluat tgk mesej kau je asyik masuk inbox aku, sile belah. jgn kacau aku lagi.” Haaa kalau berani buatlah. dun you even dare to do it if you’re not cool enough. coz I know u will miss me.lalalala~...love you, ngee

Saya berharap kawan saya tahu apa yang saya mahukan. Jika dia menganggap saya sebagai kawannya jadi dia perlu layan saya seperti mana dia melayan rakan2nya yg lain.saya tidak suka dipermainkan. relevankah seorang kawan perlu memarahi kawannya hanya kerana tidak bercakap semasa saya menelefonnya? Sy yg telefon kot, x perlulah nak moody.lepas tu terus tak balas mesej dan tak angkat call. relevan tak relevan? tak langsung kan.kawan je tu bukan couple pun.seriusly tak paham dgn org macam ni.ok jgn moody ,senyum sikit.ngee

Saya berharap saya mampu undurkan masa dan kembali ke masa silam yang saya mahukan.bila2 masa je.mungkin best kalau mesin masa ciptaan doreamon tu wujud. =.=’ saya lahir bulan tujuh, dan org bulan tujuh memang suka hidup dlm masa silamnya.suke sgt terkenang2 suke sgt ingat balik ape jadi mase lepas.tak kire semalam punye ke minggu lepas mahupun tahun lepas.dan da tgk dari org sekeliling memang perasan agak betul jugak pasal perangai org bulan 7 ni.pelik pelik la hai.

Saya berharap saya tak terkena pisau mase masak tadi dan tak tercekik tulang ikan terubuk mase makan.sekarang kena tanggung sakit  -____-’  *yg ni dah terlambat nak berharaplaa*

Paling penting, saya sangat sangat sangat berharap keputusan peperiksaan saya yg bakal keluar dlm sepuluh hari lagi mampu buat saya tersenyum.tak mintak banyak pun lulus semua sudah memadai.ini kerana saya tahu tahap saya dan bagaimana performance saya tempoh hari. pleaseee, merayu ni encik result.be nice with me..aku memohon ya Allah, Kau permudahkan segalanya bagiku ya Allah.amin

Dan terakhir hanya satu yang saya harapkan kebelakangan ini, saya sgt berharap saya bangun dari tidur dengan senyuman dan kembali semula utk tidur pada waktu malam dengan hati yang senang.oh lagi satu saya tak suka symptom insomnia L

Saya berharap saya dapat apa yang saya senaraikan di atas, iaitu harapan saya. harapan anda? THE END

Senyum selalu ;) assalamualaikum.
mahu kembali ke malam ini :)


i dun like to get into a fight.
just, please be nice.