.i’m on my way to the future.

Tuesday, August 30, 2011

malam raya saya

Assalamualaikum
malam raya yang agak havoc di rumah gua. yeah tapi happening gila. sungguh buat aku tersenyum. lepas berbuka lepas smayang maghrib lepas makanan dah turun sikit dlm perut tu semua lepak luar kejap. mak dan ayah pun. tengok je kteorang main bunga api n mercun yg dibekalkan abang gua. stock banyak agi tp omputih kate save the best for the last. hehe dah bosan men tu sume masuk umah. dah pukul 9 tapi banyak kerja yang belum siap. jadi mak mula menyebut-nyebut nama kteorang n tugas yg perlu kteorg buat. yes macam kat sekolah pun ada rasanya. hehe in this house ada 5 anak dara semuanya. sepatutnya 6 tapi kakak dah ikut suami balik kedah, beraya di rumah suami tercinta. jadi yang berlima ini pun dah cukup buat semua kerja. hehe nama farah and kak od mak suh kemas umah, adik aku aida suh iron baju raya, kemas kain yg berbakul tu, lipat and etc, kak reha plak kena sudahkan kuih tart nenas dia yg tergendala pagi tadi. while me? mom choose me to be her co-chef to help her cook the rendang and kuah kacang. i was like..seriously mom believe on me? menjadi co-chef mak mmg banyak kerja dan deria rasa kena mantap baru boleh hasilkan hidangan yang mantap. haha dalam hati aku cuma fikir mak syg aku le tew sbb tu nak anak dia yang jarang gila dok dapur ni jadi assistant dia *think positive sikit. hehe percaye atau tak bahawanya gua tak masak langsung sepanjang bulan Ramadhan ni. oh well yea sila percaya gua memang malas beb. kerja gua hari2 bancuh air, siapkan hidang and panaskan lauk. itu je. memasak semua emak masak sorang. berbuka dan sahur. aku tinggal makan je. teruk kan? tapi mak tak kisah pun. kalau kisah mak akan panggil nama gua and suruh tolong dia. hehew alaa bukan selalu. time ni lah nak makan air tangan mak. kalau tak sebelum ni air tangan pahit gua ni je. haha


korang memang takkan dapat bayangkan rumah gua riuh rendah dia macam manaa. sebelas org dalam rumah yang tak besar mana. semua tempat pergi mesti nampak muka orang. yang sana dok melantak tak habis2 yang sini sibuk men ps yang situ sibuk dengan kamera dia yang sinun dok online tanpa peduli org keliling and macam2 lagilah. tgk tv? tak dak sapaa. haha bila ada cerita best baru semua dok kerumun depan tv. pelik juga. umpama semut, dimana ada gula tertumpah disitu ada kaum kerabatnya *suke hati je reka peribahasa sendiri ;p*
nah silalah jamu sebarang dua.
umur tidak menjadi penghalang utk menikmati apapun bentuk kebahagiaan :)
*ini bukan utk dijual*
tema tahun ini turquoise! in lovee ;)

cukuplah, tak tau nak merepek ape lagi. nak tgk banyak lg gambar before raya and mase raye, silelah ke fb gua. yang friend ngan gua je boleh tgk. hehe adios lavista. kbai :))

Monday, August 29, 2011

berlabuhnya tirai ramadhan

Assalamualaikum *ini adalah entry tertangguh.jdi sila bygkan anda di tarikh itu.hehe
hari ini hari terakhir berpuasa. yeah. mari buat conclusion a.ka. majlis penutupan untuk bulan Ramadhan tahun ini. hehe. permulaan yang agak excited sebab da setahun kan terpisah dengan bulan puase ni. suasananya mmg tak sama langsung dgn puasa ganti ke puasa sunat ker. lain ye. bangun sahur kali ni tak pernah miss. hari2 bangun sebab mak akan kejut. even tak boleh puase pun mmg dah jadi kebiasaan aku untuk bangun sahur. lagipun macam lah buleh makan if tak puasa pun. saya buat bahulu dekat rumah orang. balik kerja je lah boleh curi2 minum ehem sudah cukup cerita pasal itu. hee


setiap hujung minggu pasti tggu kalau2 ada yg nak balik rumah, meriah sikit berbuka tu. mak akan masak sedapsedap. lain macam sikit menu dan ayah jugak akan berbuka di rumah. tidak di surau macam kebiasaan. itupun hujung minggu lah. kakak yg kat pineng tu je rajin balik. mereka2 yg di selatan huh haram...sibuk, kerja, itulah alasannyer. pertengahan puasa macam biase jer. takdak yg menarik sgt pun. untuk terawih, aku buat sendiri je di rumah. itupun bila kerajinan. sebab aku tidur awal sbb nak kena bgn awal. minggu pertama my sis yg dekat upm tu ada. jadi berjemaah berdua dengan dia. aku imam isyak, dia terawih. few days later she got back to upm so left me alone lah. tak semangat nak buat. tp gagahkan jugaa. dapat rasa tak banyak pengisian yg aku buat. menyesal juga, baca al-quran bape juzuk je pass. sedangkan mak ayah berlumba sape khatam dulu. ayah buat tadarus dekat surau while mom baca sendiri di rumah in every minute ada kelapangan. end of the month, masing2 dah nak sampai penghujung. sungguh aku tabik mereka berdua. walau busy tetap ada pengisian yg nak dibuat, tak macam aku. haih sendiri mau ingatlah. hurmmm


a week from eid, itu paling seronok. baru terasa bahang nak raya tu. dah besor2 ni mmg tak bape nak ade feel sgt raya2 ni. memang macam tu la lumrah kehidupan. excited tu ada tp takla se'beria' dulu masa kecik2 kan. tapi bila semua ahli rumah dah ada baru rasaaa..ouh nak dekat raya dah. seronoknyaaa. hehe first time dalam hidup aku tak perlu sibuk2 nak shopping pun, semuanya org yang sibukkan utk aku. bersederhana cukup. baju raya pulak sponsor, semua pakat sponsor lah. i'm so happy hehe untunglaa ada ramai kakak and abang. bersyukurlah anda yg ada mereka jugaa ;)


berlabuhnya tirai ramadhan kali ini memungkinkan banyak perkara. diterimakah segala amalan kita dan terampunkah segala dosa dosa lampau kita di bumi fana ini? masih adakah  kesempatan dan peluang untuk kita bertemu dengannya kembali? hanya Allah yang Maha Mengetahui. semoga masih diberi peluang. insyaAllah :)


so it's end of the month of Ramadhan. am gonna miss you. with tears, goodbye Ramadhan, welcome Syawal. selamat hari raya everyone :)



Friday, August 26, 2011

mood raya :)




come, lets move on. sudah tiba masanya. 

turn on the RAYA MOOD ok big girl ? smile :)





jangan biar aku jatuh.

Assalamualaikum.
hidup ini umpama satu perjalanan. perjalanan yang berbeza-beza antara kita semua. sama ada pendek atau panjang itu jalan hidup kita. yang kita  alami dan hanya Maha Pencipta yang lebih mengetahui. hari hari kita berjalan. berjalan dengan satu tujuan yang hanya kita sendiri tahu dan pasti. sendirian atau berteman, kita tetap berjalan. satu hari aku berjumpa dengan kau. sejak itu aku berjalan dengan kau. kita berjalan bersama. sentiasa bersama. seronok juga. sambil berjalan kita bergelak ketawa. bergurau senda. dalam perjalanan itu ada juga benda tak best jadi. tapi aku tak takut.sebab kau ada. kau mesti akan tolong aku. aku terus berjalan.aku tak perlu takut kalau2 ada anjing nak kejar. tak perlu takut kalau tersepak batu lalu terjatuh. tak perlu takut kalau tiba2 hujan dan akan basah kesejukan. jadi aku tak perlu takut lagi kerana aku tahu kau ada bersama. kau selalu lindungi aku. aku rasa selamat sejak kau teman aku berjalan. dan tak tipu, aku rasa bahagia sebab aku tak jalan keseorangan. kau ada meneman. buat aku tersenyum bila aku sedih. buat aku menangis tanpa segan silu bila aku rasa nak menangis. tak perlu tahan-tahan lagi. dan kau juga buat aku rasa letak kau dan aku dlm dunia pun sudah cukup aku boleh hidup.


satu hari kau kata kau tak boleh teman aku berjalan lagi.aku tanya kenapa.kau diam.kau tak beri jawapan. aku tanya lagi. kau geleng kepala. kau cakap aku kena cari orang lain untuk teman berjalan. aku tanya kenapa. kau cakap kau tak boleh. aku tak puas hati jadi aku tanya lagi. kenapa? kemudian kau diam. dan dalam diam aku tahu jawapan kau meski kau sedikitpun tak bersuara. lepas tu kau pergi tak berpaling dekat aku pun. aku lihat kau berjalan dengan teman baru kau. aku tak sedih tapi kecewa, kenapa cepat benar kau tukar teman berjalan ? tak seronokkah berjalan dengan aku ? aku tak ada jawapan untuk soalan itu sebab aku tak sempat nak tanya kau. kau happy jalan dengan teman baru kau. kau tau tak aku berdiri tak berjalan untuk beberapa lama. aku nak kau teman aku berjalan tapi aku tahu kau takkan dapat teman. lalu aku teruskan perjalanan. aku berjalan macam biasa. cuba berlagak seolah-olah kau ada di sebelah teman aku berjalan. 


lambat laun aku tersedar aku berjalan sendirian, tidak lagi berteman. kau lenyap dari pandangan, namun aku tetap berjalan. biarpun keseorangan. dan akhirnya aku sedar aku tak mampu berjalan sendirian kerana aku sudah biasa berteman, lalu suatu hari aku terjatuh. sendirian. sakitnya jatuh itu. aku menangis sendirian. melihat luka luka akibat jatuh itu. berdarah ia. aku berharap kau ada disitu menghulur tangan untuk pimpin aku kembali berjalan. itu semua hanya harapan. kau tiada disitu. lalu aku gagahkan diri, bangun untuk terus berjalan. aku tersenyum kerana aku masih mampu berjalan biarpun kau tidak meneman. perjalanan yang tadi tidak sama lagi. kali ini aku berjalan dalam kesakitan. diri ini menyalahkan kau, punca kesakitan yg aku rasai. namun aku tetap teruskan perjalanan. luka itu aku ubati. juga aku ubati sendirian tanpa kau meneman. 


dan selepas itu aku kembali berjalan, sendirian seperti mana aku terbiasa dahulu. kini luka aku akibat jatuh itu tinggal parut. meskipun luka itu sudah tiada namun kesannya masih ada. dan ia sudah tidak sama dari pandangan mata sesiapa saja. tidak sama. apatah lagi aku sendiri yg mengalaminya. kau tahu? luka itu lama baru sembuh. selama itu juga aku rasa sakitnya sorang2. mane kau ? kenapa menghilang. aku selalu tanya soalan itu. tapi sepi tanpa jawapan. sejak itu aku teruskan berjalan. walaupun sendirian. lama kelamaan aku terbiasa sendirian. tanpa berteman. aku kembali seperti mana diri aku sebelum berjumpa kau. ingatan terhadap kau aku lupakan. aku tahu aku mampu. dan dengan itu aku jadi kuat. macam superman.


aku rasa hebat. tanpa kau pun aku boleh berjalan. kalau jatuh aku bangun sendiri. kalau luka pun aku lap lap sikit lepas tu sambung jalan. aku tak cengeng macam dulu dah. bila aku teringat kau aku akan cepat2 suruh otak jgn ingat lagi. sebab aku tahu kau bukan ingat dekat aku pun.


Allah memang nak uji aku. mungkin kau juga. satu hari aku jumpa kau. entah macam mana aku rasa macam baru kenal kau semula. kau rasa mcm tu tak? kau jwb tak. kau cakap lg kau tetap kau yg dulu dan aku pun aku yg dulu. tapi kenapa aku rasa lain. aku tak tau perkembangan hidup kau jadi aku tak kenal kau yg sekarang. jauh disudut hati aku tau kau sebenarnya bahagia tanpa aku. itu yang aku rasa. dan aku tak tau kenapa aku rasa itu.


sejak tu entah macam mana bila aku berjalan kau juga ada jd teman, tapi dari jauh. tetap juga berteman. aku tak tau kenapa aku biarkan kau teman aku berjalan sedangkan kau tak ada pun aku boleh jalan walaupun keseorangan. tiba tiba kau minta satu benda dgn aku. kau cakap kau nak terus teman aku berjalan. aku cakap kenapa.kau tak bagi jawapan. takpelah nak teman orang berjalan tak perlukan sebab pun takpe kan. aku biarkan kau teman. dalam diam aku rasa happy sebab kau nak teman aku berjalan lagi. walau tak macam dulu, walau semua dah lain dah beza tapi tetap mampu buat aku tersenyum. nak tahu kenapa? sebab aku rasa kau semangat untuk aku terus berjalan. terima kasih sebab nak teman aku berjalan lagi. jangan biar aku jalan seorang lagi. jangan biar aku keseorangan terkontang-kanting di tgh jalan sorang2. aku tahu kau pun tak suka kalau orang tinggal kau tgh jalan sorang2 kan. aku mahu masa yang menentukan, biarlah kita macam ni. kita happy. terima kasih untuk segalanya. u're the best thing i never knew i needed.


betul kau nak teman ? sebab aku takut. takut jatuh lagi. aku mahu kau tahu sakitnya tak mampu aku tanggung sendiri..jadi, tolong. aku merayu. kalau nak teman aku berjalan. tolong...satu je aku minta..jangan biarkan aku jatuh...sekali lagi.



korang faham tak ape aku cuba sampaikan ? takpe, aku sorang je faham.adioss ;)

Thursday, August 25, 2011

emosi yang tak perlu

assalamualaikum
hai everyone. merindui menulis disini.tiap hari buka tiap hari tatap tapi takde idea.langsung. ada seribu satu benda terbuku. seribu satu perasaan menggunung. nak meluah tak tahu mana nak mula. nak digambarkan tak tahu macam mana nak lukis. akhirnya jari menekan ctrl+W. tutup laptop naik katil terus tidur. itulah rutin aku harihari bila malam menjelma, selain bertwitter dan berfacebook. 


untuk paginya. celik dari tidur. bersahur, subuh, lepas tu terlena sekejap pukul 8 mesti pergi rumah nana. buat bahulu. aku lupa nak mention disini aku buat bahulu kan. dah nak habis pun lagi beberapa hari je. frankly speaking it's not an easy work. and it is tired too. yes it's true. susah jugaa tp lama lama alah bisa tegal biasa. esok lusa aku ambik gambar letak sini. tunggu ya. 


ermm macammacam benda jadi kat sana. dengan kerja ok cuma dengan yg takda kaitan dengan kerja tak berapa ok. aku tak perlukan cerita tambahan. aku tak perlukan drama sampingan. sudah cukuplah dengan orang orang yang aku hargai tapi akhirnya mereka yang tak hargai aku. aku taknak kejadian sama berulang. aku penat. takut. takut terluka lagi. janganlah terlalu cepat menilai seseorang. belum kenal hati budinya mana nak tahu baik buruk perangai dia. tolong. aku mintak. sangat. aku tak larat. aku tak reti nak menolak. apatah lagi mengata tidak. cuma dengan tindakan yang aku buat mungkin dapat bagi hint, aku nak menjauh. kadang rasa seperti mahu masa cepatlah berlalu dan tolong berhenti bila aku mahukan masa berhenti. tapi sume itu takkan berlaku. tidak sama sekali.


kadang kadang hati dan otak memang tak sehaluan. bila hati kata ya otak kata jangan bila otak setuju hati pula tak mahu. aku perempuan. hati lembut. sangat. macam tisu. kalau kena air dah tak boleh pakai dah. aku cengeng. kuat menangis. kadang kadang bila aku rasa kuat, bila aku pura pura taknak menangis itu mungkin bukan aku yg cakap. itu semangat lain yang tiba tiba meresap.


wahai hati, mengapa sukar untuk melepaskan ia pergi. mengapa masih mengurung ia di dalam dirimu. sedang kau tahu betapa ia terlalu menyakitimu. relakanlah wahai hati. biarkan ia pergi dan jangan kembali lagi. andai itu bisa membuat kau keluar dari rasa yang selama ini engkau deritai. 


ya allah, aku lemah tanpaMu. bangkitkan aku :'(


maaf, coretan manis berwarna purple kali ini lebih kpd luahan perasaan yang hanya aku sorang je faham. lega. dapat juga meluah rasa. kesat air mata, basuh muka ambil air semayang. selamat malam bukupurple :) sy rindu tuan awak. 

Thursday, August 18, 2011

spontaneous thursday.

come as you are as you were as i want you to be as a friend as a friend as an old enemy take your time hurry up the choice is yours you don't be late take a rest as a friend as an old memoria memoria memoria memoria come doused in mud soaked in bleach as i want you to be as a trend as a friend as an old memoria memoria memoria memoria and i swear that i don't have a gun no i don't have a gun no i don't have gun memoria memoria memoria..


enjoice ! 



i'm totally in love with this version! yuna cover. not nirvana . peace ;)

Wednesday, August 17, 2011

he just wanna have fun..

Assalamualaikum..
hari ini berjalan seperti biasa. hari-hari bangun sahur. tak pernah miss lagi. mak selalu paksa bangun walaupun aku taknak. so thanks sgt mak sbb kalau tak anak mak ni tak dapat pahala bersahur dan akan kelaparan serta kepedihan perut utk seharian. love you mak. hewhew


balik dari rumah nana awal hari ni. before satu dah boley balek. laju pulak siap semua kerja. suka suka! hehe erm balik2 da niat nak tidur sampai petang sebab penat juge hari ni. tapi lepak depan tv sambil menghadap kipas besar depan muka. heaven gilaa hee tak lama lepas tu adik balik dari sekolah. sume citer kt tv bosan gila. so aku layan cerita Anak Halal kt citra. selalunya waktu mcm ni adik yg konker tv dgn citer kartun dia. tapi hari ni remote kat tgn i so he can't do anything. hewhew tibatiba adik datang bawak kotak chess and he said "jom main ni" sambil letak kotak kat tepi aku and meniarap menghadap kotak tu. aku kerling sekilas and diam tanpa sebarang reaksi.mata masih tertumpu dekat tv. membiarkan saje die bukak kotak and susun 'pendekar2' chess tu. 


when he done, he called my name and i was too focus on the tv till i didn't realize he called me and ask me to play chess with him. well i hate chess. i dun know how to play it and i dun even know the rule to play it. so i play just want to entertain him. 8 years old boy have a great interest on chess, i salute u brother dun be like me k. wasting my time at the bushes, up the tree and at the field every evening. nakal gilaaa. hewhew ok back to story. then we play chess. u know i was totally not interested to win the game and even to play it. i want to watch tv la adik! all actress and actor in the film make me amazed tau. feeling like dun wanna take my eyes off the screen hoho. i'm in love with adi putra and aaand aahh everyone on the film lah. so when my turn arrived, adik would be like screaming my name and ask me to move my chessman. then his turn and my turn. again, he scream my name. he ask me to stop watching tv. tak peduli tgk jugak. bersabar dia tggu my turn. we continue played it and lastly end up with...ok i win! i said to him,"adik, akak da cakap akak tak reti main. kan da menang. hehe" main cincai2 je pun. tak sedar dia tggal king je. die pun tak sedar itu. hehe 


after that ok boleh tgk tv tanpa sebarang gangguan. then i saw he take one note book. buku conteng2 dia lah and a black pen. he wrote something. ouh rupanya die ajak maen tick tack too. memang takde sape yg menang lah kan, lepas tu die tulis tulis lagi without letting me see what he's doing. after a moment dia suruh pilih huruf. nampak dekat buku tu dia tulis garis garis kosong mcm main dekat roda impian tu. tp ini versi takda roda. hangman pun takda. hewhew. "serangga, tiga huruf mula dgn huruf b. clue die adoi sakitnye..teka ape die.." sambil berfikir dgn rumit last2 aku x dpt teka. terus die bgtau jawapannye BEE. pehh tak habaq pun in english. da la clue comel nak mati. hahah selepas meneka-neka beberapa kategori dia mcm dah bosan.sbb aku tak bape nak layan.kesian. 


again, he wrote something sambil dok pandang2 i. tersengih sorang sorang. i was kusyuk kt screen so let him be, malas layan. after a moment, he asked me to choose letter A B or C. bila die tnye ak jawab die tnye lagi aku jawab. dah agak mesti die main lukis muke org based on what we choose. contohnye utk bentuk muka, lukislah 3 jenis. A bulat B bujur C petak. lepas tu mata pulak A comel sikit B segitiga C mata besor. and seterusnya smpai jd muka lengkap dgn telinga mulut sume tuh. so dia akan lukis based on huruf yg aku pilihlaa. aku main sebut je huruf2 tu. tak lame pastu die tunjuk muka2 yg berjaya aku hasilkan berdasarkan pemilihan tadi. pehh macammacam rupe ade. *lupe nak tgkap tadi kalau tak bole tunjuk sini. hewhew and after that giliran die pilih and aku plak lukis. itulah game adik aku.


pukul 3 cerita kt tv da habis. aku ase nak tido jap. die plak bawak laptp kuar dr bilik men game tepi aku. lepastu black out kejap. nasib bek beberapa saat je. hehe hilang mngantuk. layan citer queen sized kat diva plak. lepas cite tu baru terlelap. terjaga sebab bau masakan mak menusuk2 hidung, masa berbuka adik sound aku suka tido je. lepastu berdengkur ganggu die nak men game. kurang asam punya adik, bile mase entah aku mcm tu. sabar je lah.


after this writing, as what i can conclude for today, i was not a good sister. aku garang. yes really. aku cerita tak detail. part-part marah n buat suara annoying takdak kan dlm entry ni. oh yes i am sooo annoying..tapi annoying lagi dia. sakit hati limpa jantung semua ada layan dia. apepun, he just wanna have fun with me tapi aku layan nak tak nak. bila die desak i'm yelled at him sounds like "akak tanak men lah", "jgn kacau akak bleh", "nak tgk tv ni sebok je"...and now calling back what i've done selama ni, seriously i feel bad. sebab dia lah penyeri keluarga sebenarnya. mak jugak yg cakap mcm tu. kalau adek takde masa berbuka tak seleralah mak nak makan. akak memang garang but all in all i love you brother :)


 budak belum cukup umur yang dah ada facebook yang paswordnya sama dgn abang dia =.=


Sunday, August 14, 2011

recently

Assalamualaikum..
it has been a while since my last writing. not really in the mood to write anything. looong sigh coz it all about procrastination actually. sigh and sigh.


today i woke up with thousand of feelings. some of it i might like but the rest, just give a weird feeling to me thus it create a sad expression to my face so i hate it. can't believe i was dreaming bout so many different people in my life just in one night. long night i guess. they came into my dream. my family..my schoolmates that i can say we've lost contact due the time changing. my hostel-mates that i really2 miss them all the time. and also the one who ever become my soul-mate that always be missed and wanted to meet so badly. 



people said, if someone appear in our dream that's mean he or she is the last person dat we think of before we sleep. i guess it is true. i born on july, July's people love to think about the past. can't deny it. every night before sleep must think at least about what had happened yesterday. yesterday is a past. had try to think bout the future, but can't see anything. seriously. dunno what might be happen. so all i can do is just think bout what i think i wanna think. pfftt what am i trying to say? nothing.. 
i believe some might experience the same thing as i do. please say so. or only me the abnormal one? sobs :(


i love to dream bout you. coz i know there's nothing that can fill the box of history between me and you anymore.so at least i just can fill it with the dreams. doesn't matter the dream come out with the beautiful one or even a nightmare. somehow it just make the feeling getting stronger. even though it is only a dream but it's just enough and worth it. 



conclusion, i think too much recently. night and day. just little too much.
u never know what i want ;)


Saturday, August 6, 2011

enam ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
hai readers. to my current reader, special flying kiss i give. hehe ok jokes jee. hari ni bangun sahur mcm biasa. cuma lain sikit sebab kakak dan suaminya ada bersama. jadi lebih meriah. hehe. lepas sahur terima mesej dari Nana suruh dtg pukul sebelas. okay boleh tidur lama sikit. jadi lepas subuh aku pun boom(bahasa comel utk beby bermaksud tidur) dekat ruang tamu so that i can wake up easily later. hee pukul 9 lebih Nana send mesej lagi cakap boleh datang sekarang if nak. ok aku tak mandi lagi. terus lah bgn bersiap, aku tak tau nape tp aku menggigil lepas mandi. sejuk sgt. padahal taklah sejuk mana, takdelah pagi sgt pun. kat luar matahari dah muncul pun. haih. inila padah tak amalkan mandi lepas subuh. dah rugi nikmatnye tahu =.=


macam biase lah sampai umah Nana terus buat keje and aku org first yg datang. yg lain lambat sikit. kesian tgk die buat keje sorang2. tgh hari tu nana ajak pegi teluk intan beli plastik sbb dah habis. ok best, leh jalanjalan sekejap. lenguh juge wat keje tak berhenti . hehe hari ni penat sebab tak ramai yg datang. mak long and kak nisa je ade. so keje pun mcm slow sikit berbanding semalam yg laju mcm naik Sani Express. hiks ;p lately ni tiap kali balik umah, mesti aku nak emo. mungkin sebab penat kot. tapi kesianla dekat mereka yg kena tempias emosional tak perlu aku tu kan. haih. serba salah juge tapi dah terlepas bukan boleh patah balik. hmm


.hari pekak sedunia. 
"hulurkan air asam tuu" nah (sambil hulurkan air sunquick)..
"nampak ayah punya cermin mata tak" nie ha ayah, (sambil pegang pencil case and keluarkan pen marker utk ayah)
"akak nak kuar jap" pegi mane? "jalan" makan? tak kenyang lagi ker? baru berbuka kot.
semua org cakap aku tak bape nak dengar. tak pasalpasal dapat pangkat pekak badak dan asyik kena bahan je.. menciikk  --______--'
ok tu jer nak story takde mende pun. boring ni. babai lah ;p
menu hari ni terubuk stim ayam gorg rempah kurma ayam kuah asam sayur bayam buah mata kucing kiwi cekodok sunquick air kelapa 


"jangan terlalu mengejar apa yang tidak ditakdirkan untuk menjadi milik kita. sebaliknya tolehlah ke belakang, mungkin ada jua yang sedang mengejar. jadi ambillah ;) "- status budak gemok.haha


tak perlu berlari pun ok. berjalan je lah.

mak cakap, kalau marah macam mane pun kat org, sebaiknya jangan guna kata kesat. walaupun kita tak betulbetul maksudkannya tapi sebab dah marah mmg macam macam boleh keluar. bagi org yg tengah marah tu memangla relief gilaaa sebab dah lepaskan amarah dia kan? tapi bagi mereka yang mendengar? yang menerima? sgt tak cool ok. lagilagi kalau salah tu kecik je and bukan betul betul salah dia pun. mak pesan lagi (pesan kat abg sebenarnye tp aku terdengar hiks)..perempuan, setiap maki hamun ke caci maki ke, perkataan kesat yg mereka dengar, mereka akan ingat sampai bilabila. and yes it will affect the relationship somehow coz i admit yg suka mengungkit segala benda yg dah lepas adalah perempuan lebih dari lelaki. hehe so better elakkan marah kat orang ye. tak kire lah lelaki ke perempuan ok. nak marah marahla tp try guna bahasa ibunda. mesti tak jadi marah sebab gelak sorangsorang nak susun ayat IBUNDA tu. haha ok tak lawak. babai !  ;p  assalamualaikum :) 

Friday, August 5, 2011

lima ramadhan 1432 h

assalamualaikum..
i've receive text from Nana, one of classmates during primary school and also my childhood-mates :) she text me whether i can come to her house to help her on her business or not. and i said. yes. well, of course i can. i'm doing nothing at home and i am bored to death ok. so starting tomorrow i'll help her. what business? will tell later ;)


psst, maybe new label titled 'kerja' will be exist soon. hiks 
till then, as-salam :)

Thursday, August 4, 2011

empat ramadhan 1432h

Assalamualaikum..
hai. ermm harini takde interesting yg happen pun.cuma aku teringat sesuatu. 
empat ramadhan, genap tiga tahun arwah nenek belah ayah meninggal dunia. kami panggil opah aiskrim. tu sebabnye mase arwah masih sihat, opah ade buke kedai kecik depan rumah. jual cekedis utk budak2. dan name tu melekat sebab opah ade jugak jual aiskrim buat sendiri yg macam2 perisa tu. milo ade asam boi ade n banyak lagi.agak femeslah dlm kampung.paling excited kalau lawat opah sebab mesti dpt makan aiskrim.


mase opah meninggal, aku kat asrama. masa hari kejadian aku tergerak hati nak telefon mak lepas balik sekolah. dan bila aku telefon mak, bertanya khabar kejap lepas tu mak bgtau lah berita tu. serius aku terdiam. tergamam macam tak percaya. mak cakap mak dah on the way ke ipoh. sebab opah tinggal dgn pak long, abang ayah dekat meru jadi kebumi pun di sana. ayah anak bongsu dari 4 beradik, semua lelaki. paling sedih dan kesian dekat pak lang sebab tak dpt datang majlis pengebumian opah padahal rumah dekat klang je.sudah ditakdirkan segalanya. pak lang masuk hospital sebab ade operate ape ntah tak ingat pulak. tp mmg die terlantar and peluang nak datang tengok opah buat kali terakhir mmg sgt tipis. aku yang hanya cucu arwah ni pun agak terkilan tak dpt pergi apatah lagi pak lang, anak arwah sendiri kan.


lepas call mak tu aku letak gagang and terus pandang muka ain (besties aku) dan cakap "ain, opah aku meninggal" tak semena-mena air mate aku bergenang. agak ramai yg ade kat bawah tu nampakla situasi tu kan. aku ngan ain terus naik atas terbaring atas katil, die pujukpujuk aku..hari tu hari khamis, aku ingat lagi. lepas berbuka terus lepak bilik study sorang2 sebab aku takleh solat. aku macam down pun ada yela rapat kot dgn arwah. mase opah stay umah aku for few weeks pun aku ade jugak jage opah. and setiap kali nak balik ostel opah bagi duit blanje kat aku. back to story tadi, bila semua org dah habis solat, diorang masuk bilik study, sorang sorang cakap takziah kat aku. pelik jugak bila masa aku bgtau diorg n sape pulak yang bgtau kan. aku pun tanye la ain, upenye mase bace yaasin  malam tu the person yg lead bacaan yaasin dah bagitau semua and sedekahkan kat arwah opah. serius aku terharu. dan sekali lagi ak terkilan sebab tak dpt bersama-sama diorg malam tu. hurmm.


esoknya jumaat, ada majlis bacaan yaasin dekat sekolah aku dan ibubapa turut dijemput hadir. rasanya bacaan yaasin dan solat hajat untuk pelajar spm kot. aku pun tak ingat. dan wakil aku adalah ayah. macam2 perasaan ade mase jumpa ayah. aku nak sangat tahu macam mana majlis pengebumian arwah opah tapi aku takut nak tanya lebih2. tapi ayah jugak yg bukak cerita pasal tu and cerita serba sedikit. bila balik rumah hujung minggu, baru dengar dari adik aku sendiri, bolehla tanya macam2. serius sedih sebab takde kat tempat kejadian. sobs :'( sudahlaa yang pergi tetap akan pergi kan. kita yang tinggal ni perlu teruskan hidup.


ouh sebelum terlupa arwah opah meninggal sebab sudah tiba ajalnya. awal pagi yang hening itu, pak long kejutkan arwah untuk bangun sahur. tapi badan kaku tidak bernyawa sudah. kulit disentuh juga sejuk dingin. nafas didengari, nadi diperiksa. setelah pasti lantas khalimah innalillahiwainnalillahirojiun dilafazkan. airmata mula menunjukkan diri, pasti. tiada siapa menyaksikan hembusan nafasnya yang terakhir. semoga arwah kembali disisi Allah dengan tenang.


dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..
ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa besar arwah opahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman. amin.
sungguh, aku merinduinya...
assalamualaikum.


menangis tatkala mencoret ini. hati cakap, lemah. itu aku.

.spontaneous thursday.


Assalamualaikum..
i hear this song recently. this is one of my favorite song since schooldays. sebabnya lagu ni pernah dijadikan lagu nasyid kumpulan sekolah aku dan menang tempat kedua dalam kempen anti dadah..kami tewas dengan kumpulan sekolah semesti if i'm not mistaken. the interesting part was, the lyrics was changed selari dengan tema yang diberi which is islam kontemporari. it was done by one of my team members,  junior aku pulak tuh dengan bimbingan ustazah kesayangan kami..hebat beliau. sungguh aku rindu rutin itu..habis sekolah kena stay back untuk latihan. tak cukup dgn itu kadang kadang dekat hostel pun ade. malam pun jalan juga. aku tak alim tapi syukur dapat terpilih masuk kumpulan nasyid sekolah. masa menengah rendah aktif gila tapi bila masuk menengah atas tak aktif dah, sebab pelapis dah ramai junior semua hebat hebat dan kreatif. entah macam mane mase form five bole masuk balik. tak jadi solo mcm dulu pun tak apa janji dapat lepas rindu, semangat tak hengat  :') ade banyak lagi lagu but i'm not really good at remembering, if ade lagu lagi nanti letak dekat sini. somehow i wish i could watch the video yg sape sape rakam while we're perform tapi macam impossible nak jumpa dan lagu ni cukup bermakna for me. dengarlah sampai habis, sure u gonna fall in love with it  :)

Wednesday, August 3, 2011

ketiga ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
how's today? fine thank you. just simple day i guess :) 
pagi tadi bangun sahur mcm biasa. ingatkan nak minum air je coz dalam rancangan tak nak bangun sebab sebelum tido semalam dah bersahur in advance tapi bila bangun, nasi sepinggan jugak aku isi dlm perut ni haa. dugaan lah, tidur dekat luar jadi bau sedap tu menusuk2 hidung yg tak mancung ni lalu senang je la mate ni nak celik kan. hurm mmg gemoklah jawabnye :( 


entry hari ini I nak menunjuk. dah bgtau awal awal nak menunjuk ni. kalau cakap nak berkongsi 'sharing is caring' kononnya kan tapi bukan boleh share pun ape yg bakal aku tunjuk.tapi berkongsi cerita bolehla hee :) jadi mari saya tunjukkan ape yg sy nak share actually. hee petang tadi sepulangnya emak dari sekolah, emak keluar kereta terus buke bonet and tadaa terkejut den tengok isi dalam keta..as today is the last day mak berkhidmat dekat perkasa nun, jadi tak hairanlah mak pulang dgn hadiah hadiah bagai ni. hee
org paling excited adalah adik ye. aku tak pun ;p
susun lawa lawa atas meja. 
penuh satu meja. mak cakap macam dapat hadiah kahwin pulak. aiks? hehe
sesi membuka pun bermula.seronoknya kalau ade org nak bagi aku macam ni kan. berangan jap =.='
the gemoks and tembams.
yg aku pegang tuh isi dalam kotak hijau di atas ;)
my favorite present. unik bangat nih.
really wanna have a candle light dinner. anyone?

bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. alhamdulillah. cukup lah perkakas untuk raya. jimat duit nak beli baru. baju raya pulak cukup utk dua tiga tahun punya raya. aku and kakak buat muka comel sikit dapat la sepasang sorang, seronok sgt. hee meskipun ada yg bersedih atas penghijrahan mak, mak hanya mampu tersenyum. dan diam diam mak tersenyum puas bila dapat apa yg dihajati. tak sangka memang ada yang memahami.hehe 

ramadhan ketiga ni ayah tak dapat bersama untuk berbuka. sebelum maghrib lagi ayah dah ke surau, ade kerja yg perlu diselesaikan. tanggungjawab perlu dilaksanakan. meskipun begitu, yang ada di rumah tetap berbuka seperti biasa. lepas ni makin keraplah kerusi yang satu tu kosong tanpa tuannya. kucing comel si ichie yg jadi pengganti bertapa disitu sambil merenung dgn mata comel minta sesuap dua. hee

menu hari ni kari ikan pari ketam masak lemak timun kuah kacang kuah durian jemput pisang sirap bandung 
sekadar untuk tatapan yang jauh di rantau orang. kami di rumah menunggu kepulangan anda. ececeh rindu sebenarnyaaa.sobs


baiklah itu saja cerita hari ketiga puasa. rezeki tidak datang bergolek jika tiada usaha. tetapi kadang kadang rezeki itu datang kerna ada tangan yg menghulurnya. hiks.. senyum selalu, assalamualaikum :)

.wordless wednesday 2.

Tuesday, August 2, 2011

second ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
second ramadhan, alhamdulillah. today i think much better than yesterday. i woke up early and also had my sahur. thank you Allah for the meals You gave to us..after had my sahur, waiting for subuh and i dun feel sleepy at all. at first lah kan, but just after dad sending adik to school, i am super duper sleepy. sampaikan si buncet call and text me several time pun i wasn't really awake actually. kesian awok. cuak ye jem pepagi bute ingatkan ade road block, upenye excident teruk sampai 3 kereta terlibat. ish3. hurmm..

okey anak dara ni tidur sampailah dia terjaga sebab mimpi bukan bukan.aku mimpi aku kene bersiap pergi sekolah and hell yeah i dunno what to bring to school coz i dun have books coz i'm twenty now and i dunno what the heck i learn at school with the age of twenty. serius nak nangis bila ingat balik.mom and dad plak gesa aku suh cepat coz the bus is about to leave me.sobs. hate mimpi tuh. mengarut gila, cehh. then i wake up and doing some house chores.

alhamdulillah, today i've reduce my time in front of the lappy :) what i did ? ermm still nothing much change, just lepaking dengan kakak and adik je. okla tu kalau tak memanjanglah aku terperuk dlm bilik online bersenang lenang atas katil empuk tu an. gilaa namanya tu =.=' lepas tu aku kena tinggal sorang sebab ayah ajak kakak aku tolong dia kemas office. and i was lazy to death to follow. si kecik tu pun ikut. while i am alone, i was thinking alangkah bahagianya if i can't fast today. tinggal sorang woi heaven gila kalau dpt ehem2 (eat lah) sorang2 kan. hiks tapi tu semua berangan je lebih =.=' tahun ni i rasa i puasa penuh. guarantee that. heh

menu hari ni udang masak lemak ayam goreng ikan bilis tumis timun peria kuah kacang papadom cekodok sunquick. semua home made air tangan mak. takde yg beli :)

alhamdulillah rezeki dari Allah, anak buah mak beri lauk utama hari ni ^^
style tak? hoho gila jahat aku. erk bukan selalu.plus, they all dah kenyang tuu. hiks i love you cats ! 
erk sempat snap pic mase makan? oh yes, i was texting someone while eating and my mom jeling jeling manja tengok i. hahaa *woi sejak bila gedik ni? =.='
.style satu.
erk ini tiada kerja. saya bosan jadi try maen lilit tudung coz the whole day i watched stylecoveredvideo on utube. hehee and nak pakai ni kat luar? mcm nak cakap memang tak lah. dalam rumah je boleh ;p
.style dua.
yanginimukamintapenampar.hahaa
erk avatar on twitter. do follow me ;p

cukuplah menggedik untuk hari ni, esok sambung lagii. cehh..
ermm i got weird feeling when i'm sitting alone and doing nothing. ouh at last i know that feeling. it was IMISSYOU feeling :')
goodnight loves. assalamualaikum.

Monday, August 1, 2011

first ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
while writing this i try to remember whether have i ever post about fasting month before ? and yes i think i didn't. thus, i guess this will be the first entry and i'll create new label for 'ramadhan' *so excited hee :)


tak best la ckp omputih. broken sana sini heh hari ni mak ade kejut sahur tapi aku tak bangun. itu le padahnye malam tadi tidur lambat.tapi taklah lambat mane. around 2 je kot. padan muke lah saya bakal kelaparan hari ni. takpe i know i'm strong. heh hari ni sekolah adik je cuti. and my sister kat upm tuh ade jugak di rumah sampai rabu ni insyaallah.


bangun pagi ase macam haaaaa lainnyeee rase...tak sama macam berpuasa sunat. setuju tak?tapi bagi aku permulaan ramadhan yg rasanya sgt lambat dan sangat lah rugi sebab tak banyak benda yg berfaedah aku buat hari ni..satu je macam happy sket, tak perlu pecah kepala fikir nak masak ape untuk lunch. hewhew yang lain tu, ermm routine as usual lah babes. membuang masa. tak tgk tv online tak online men gitar takpun men ngan kucing. see takde life kan. haih =.='


baiklah bermula esok saya akan kurangkan semua itu. insyaallah.tapi still thinking what should i do. nak buat kuih raya macam awal lagi kang tak sempat raya kuih dah habis. hehe selalunya satu or dua minggu before raya baru pulun buat kuih. ok tak sabar tunggu moment tu. heheh


hari ini isnin, jadi ade pasar malam dekat depan taman neh. bazaar ramadhan pula jauh sikit naik motor pun okay. aku malas keluar tapi mak rajin. bila emak yang beli jadi meriahla sikit hidangan berbuka ni. kalau aku yang beli semua untuk aku sorang je gamaknya hohoho insyaallah malam ni kalau takde aral melintang moh kite ramai2 pi terawih. it has been a year kan tak solat terawih. teringat pulak pergi terawih dekat masjid negeri kuantan. still, time asasi jugak the best. walaupun tak penuh sebulan sebab kadang kadang aku ade kelas malam atau terlantar kekenyangan...manusia seperti aku biasalah kan. jadi tahun ini saya berazam mahu penuhkan malam ramadhan dengan solat terawih, lagipun ayah hari-hari pergi surau and now it is just depends on me je..hope that i can make it, pray for me okay..^^


kucing saya juga berpuasa. hee

rinduuuuuu nak berbuka dekat padang MPK dengan ex-classmates :(
merindui mereka
sweethearts :)
muka lapar tak sabar nak berbukaa hehe

menu hari ini daging kari ayam masak merah sotong pedas ikan goreng sambal ikan bilis kuah kacang timun karipap cucur badak lepat labu tapai ubi sunquick bandung *mostly beli takde benda nak masak..

berpuasa sunat dgn berpuasa di bulan ramadhan memang tak sama langsung rasanya.


satu ramadhan berakhir sudah, 
berharap esok lebih baik berbanding hari ini. insyaallah :)
assalamualaikum..

.setahun yang lalu.

Assalamualaikum.
setahun sudah berlalu. Ramadhan al-mubarak datang lagi. aku merindui suasananya. sekejap je masa berlalu. macam baru semalam meniggalkan dunia asasi..

setahun yang lalu...ramadhan aku di rantau orang. semua perlu uruskan sendiri. bangun sahur kawan yang kejutkan. setiap hari sebelum tidur dah prepare nak makan ape untuk sahur esok. since ade toaster, jadi hidangan sahur boleh dipelbagaikan. seriously missing those moments. menatap muke muke housemates yg mamai2 bangun tido sambil bancuh air, sungguh aku rindu..

dan berbuka pula pelbagai versi. pergi bazaar and berbuka ramai2 dekat rumah, berbuka dekat padang MPK atau berbuka dekat mana-mana kedai makan atau restoran yang berdekatan dan pastinya kena booking dulu. it's not a big deal. kadangkadang without plan anything, it's just happen. that was the precious moments that can't buy with money, for sure. dan menatap muke muke excited nak tunggu azan maghrib berkumandang, sungguh aku rindu..

tahun ini rezeki aku berpuasa sebulan penuh di rumah. bersama keluarga tercinta. insyaallah jika umur panjang cukup sebulanlah berbuka dengan family. tidak kira lah di mana dan bagaimana keadaan kita menyambut bulan mulia ini, yang paling penting jom sama-sama kita berlumba kumpul pahala dan upgrade iman buat tiket pergi syurga, insyaAllah. syaitan semua dah diikat, jadi yang buruk itu semua datang dari diri kita sendiri. so behave ye e'an, aku pun bukan baik sangat. semoga Allah rahmat ;) 

ahlan wasahlan ya ramadhan :)
jangan lupe niat ye..
selamat bersahur dan berbuka
.assalamualaikum.



those memories keep playing in mind. wish i didn't miss 'em that much.