.i’m on my way to the future.

Saturday, August 6, 2011

enam ramadhan 1432 h

Assalamualaikum..
hai readers. to my current reader, special flying kiss i give. hehe ok jokes jee. hari ni bangun sahur mcm biasa. cuma lain sikit sebab kakak dan suaminya ada bersama. jadi lebih meriah. hehe. lepas sahur terima mesej dari Nana suruh dtg pukul sebelas. okay boleh tidur lama sikit. jadi lepas subuh aku pun boom(bahasa comel utk beby bermaksud tidur) dekat ruang tamu so that i can wake up easily later. hee pukul 9 lebih Nana send mesej lagi cakap boleh datang sekarang if nak. ok aku tak mandi lagi. terus lah bgn bersiap, aku tak tau nape tp aku menggigil lepas mandi. sejuk sgt. padahal taklah sejuk mana, takdelah pagi sgt pun. kat luar matahari dah muncul pun. haih. inila padah tak amalkan mandi lepas subuh. dah rugi nikmatnye tahu =.=


macam biase lah sampai umah Nana terus buat keje and aku org first yg datang. yg lain lambat sikit. kesian tgk die buat keje sorang2. tgh hari tu nana ajak pegi teluk intan beli plastik sbb dah habis. ok best, leh jalanjalan sekejap. lenguh juge wat keje tak berhenti . hehe hari ni penat sebab tak ramai yg datang. mak long and kak nisa je ade. so keje pun mcm slow sikit berbanding semalam yg laju mcm naik Sani Express. hiks ;p lately ni tiap kali balik umah, mesti aku nak emo. mungkin sebab penat kot. tapi kesianla dekat mereka yg kena tempias emosional tak perlu aku tu kan. haih. serba salah juge tapi dah terlepas bukan boleh patah balik. hmm


.hari pekak sedunia. 
"hulurkan air asam tuu" nah (sambil hulurkan air sunquick)..
"nampak ayah punya cermin mata tak" nie ha ayah, (sambil pegang pencil case and keluarkan pen marker utk ayah)
"akak nak kuar jap" pegi mane? "jalan" makan? tak kenyang lagi ker? baru berbuka kot.
semua org cakap aku tak bape nak dengar. tak pasalpasal dapat pangkat pekak badak dan asyik kena bahan je.. menciikk  --______--'
ok tu jer nak story takde mende pun. boring ni. babai lah ;p
menu hari ni terubuk stim ayam gorg rempah kurma ayam kuah asam sayur bayam buah mata kucing kiwi cekodok sunquick air kelapa 


"jangan terlalu mengejar apa yang tidak ditakdirkan untuk menjadi milik kita. sebaliknya tolehlah ke belakang, mungkin ada jua yang sedang mengejar. jadi ambillah ;) "- status budak gemok.haha


tak perlu berlari pun ok. berjalan je lah.

mak cakap, kalau marah macam mane pun kat org, sebaiknya jangan guna kata kesat. walaupun kita tak betulbetul maksudkannya tapi sebab dah marah mmg macam macam boleh keluar. bagi org yg tengah marah tu memangla relief gilaaa sebab dah lepaskan amarah dia kan? tapi bagi mereka yang mendengar? yang menerima? sgt tak cool ok. lagilagi kalau salah tu kecik je and bukan betul betul salah dia pun. mak pesan lagi (pesan kat abg sebenarnye tp aku terdengar hiks)..perempuan, setiap maki hamun ke caci maki ke, perkataan kesat yg mereka dengar, mereka akan ingat sampai bilabila. and yes it will affect the relationship somehow coz i admit yg suka mengungkit segala benda yg dah lepas adalah perempuan lebih dari lelaki. hehe so better elakkan marah kat orang ye. tak kire lah lelaki ke perempuan ok. nak marah marahla tp try guna bahasa ibunda. mesti tak jadi marah sebab gelak sorangsorang nak susun ayat IBUNDA tu. haha ok tak lawak. babai !  ;p  assalamualaikum :) 

No comments: