.i’m on my way to the future.

Monday, August 29, 2011

berlabuhnya tirai ramadhan

Assalamualaikum *ini adalah entry tertangguh.jdi sila bygkan anda di tarikh itu.hehe
hari ini hari terakhir berpuasa. yeah. mari buat conclusion a.ka. majlis penutupan untuk bulan Ramadhan tahun ini. hehe. permulaan yang agak excited sebab da setahun kan terpisah dengan bulan puase ni. suasananya mmg tak sama langsung dgn puasa ganti ke puasa sunat ker. lain ye. bangun sahur kali ni tak pernah miss. hari2 bangun sebab mak akan kejut. even tak boleh puase pun mmg dah jadi kebiasaan aku untuk bangun sahur. lagipun macam lah buleh makan if tak puasa pun. saya buat bahulu dekat rumah orang. balik kerja je lah boleh curi2 minum ehem sudah cukup cerita pasal itu. hee


setiap hujung minggu pasti tggu kalau2 ada yg nak balik rumah, meriah sikit berbuka tu. mak akan masak sedapsedap. lain macam sikit menu dan ayah jugak akan berbuka di rumah. tidak di surau macam kebiasaan. itupun hujung minggu lah. kakak yg kat pineng tu je rajin balik. mereka2 yg di selatan huh haram...sibuk, kerja, itulah alasannyer. pertengahan puasa macam biase jer. takdak yg menarik sgt pun. untuk terawih, aku buat sendiri je di rumah. itupun bila kerajinan. sebab aku tidur awal sbb nak kena bgn awal. minggu pertama my sis yg dekat upm tu ada. jadi berjemaah berdua dengan dia. aku imam isyak, dia terawih. few days later she got back to upm so left me alone lah. tak semangat nak buat. tp gagahkan jugaa. dapat rasa tak banyak pengisian yg aku buat. menyesal juga, baca al-quran bape juzuk je pass. sedangkan mak ayah berlumba sape khatam dulu. ayah buat tadarus dekat surau while mom baca sendiri di rumah in every minute ada kelapangan. end of the month, masing2 dah nak sampai penghujung. sungguh aku tabik mereka berdua. walau busy tetap ada pengisian yg nak dibuat, tak macam aku. haih sendiri mau ingatlah. hurmmm


a week from eid, itu paling seronok. baru terasa bahang nak raya tu. dah besor2 ni mmg tak bape nak ade feel sgt raya2 ni. memang macam tu la lumrah kehidupan. excited tu ada tp takla se'beria' dulu masa kecik2 kan. tapi bila semua ahli rumah dah ada baru rasaaa..ouh nak dekat raya dah. seronoknyaaa. hehe first time dalam hidup aku tak perlu sibuk2 nak shopping pun, semuanya org yang sibukkan utk aku. bersederhana cukup. baju raya pulak sponsor, semua pakat sponsor lah. i'm so happy hehe untunglaa ada ramai kakak and abang. bersyukurlah anda yg ada mereka jugaa ;)


berlabuhnya tirai ramadhan kali ini memungkinkan banyak perkara. diterimakah segala amalan kita dan terampunkah segala dosa dosa lampau kita di bumi fana ini? masih adakah  kesempatan dan peluang untuk kita bertemu dengannya kembali? hanya Allah yang Maha Mengetahui. semoga masih diberi peluang. insyaAllah :)


so it's end of the month of Ramadhan. am gonna miss you. with tears, goodbye Ramadhan, welcome Syawal. selamat hari raya everyone :)



No comments: