.i’m on my way to the future.

Sunday, July 31, 2011

.teluk senangin.

Assalamualaikum.
hai everyone. da lame tak buat laporan kat sini. hehe ermm pagi ni mak kejutkan aku and ask me "mak nak pegi makan durian. nak ikut tak?" and i was like "what??" sambil blur blur and mamai2 bangun tidur tu kan. terus angguk je lah. lepas tu letak kepale and tidur semula. seeing me doing that, mak terus mcm membebel "bgn cepat, bersiap nak pegi kejap lagi je ni". ok aku buatbuat nak bangun. malasnyaa nak mandi pepagi buta. sejuk kot. haih.


a moments later sume dah siap, mak ayah n adik si kecik tu. ijat tak ikut sebab ade lawan bola dekat sekolah die. aku and adik aku, Aida je yg terkial-kial nak gosok tudunglah, bajulah. huhu blur kot and perempuan kan biaselah mesti terpikir2 nak pakai baju ape an. and mak ade cakap pakai baju kurung pun takpe ade makan2 nanti, kenduri bla bla bla. cepat sikit siap. dua jam baru sampai ni dekat segari tu.nanti kalau lambat takde benda dah tunjuk muka jer bla bla bla *mak aku memang suka membebel :p seriously aku mmg tak bape nak paham hari ni nak kemane sebenarnye. kate nak makan durian kan so i assume that nak balik kampung lah kot. aku grab je lah ape yg ade.


dalam kereta aku sambung tido. ngantuk siot. haha bila dah sampai. ok macam pernah pegi tempat ni tapi bila yee.ouh memang pernah. mase sem satu dulu, under JPAM ade wat latihan medan kat sini. dekat teluk senangin namanya. tempatnye tak bape nak membangun but still ramai org datang mandi manda berkelah memancing dan sebagainyaa.hehe tapi kali ni bukan lepak dekat tempat yg buat latihan medan tu tapi dekat kem ape ntah namenye. best jugak. hee rupenye cikgu2 sekolah mak ni wat berkelah saje-saje dgn family semua. and they all tidur sane semalam. best gila. since i've followed mom for every event for her school, *mostly aku ikut secara kebetulan.heh* so dah kenal sgt cikgu2 ni. mereka je tak kenal aku. haha and junior aku yg dari convent tu pun ade jugak. jumpe lagi la kiteee hee :D


as usual, let's the picture tell you the story yeah. enjoice ;)
mereka
dia
my sister, Aida
saya
sumpah nasib baik tak pakai baju kurung, ni pun dah lari konsep nak bersantai di tepi pantai =.='
these remind me to someone. =.='
hasil tangkapan cikgu2 perkasa. hehe
kite bakooo ;p
macam biasa main lukis2 atas pasir. hoho
sape KIM? banyak kim dalam dunia and i love kim :P
si hensem kacak bergaya.haha
i asked her who's tom? and she said tom and jerry lah. and i was like haaaaaa?
ape ape je lah adik aku tulis ni.
*oppss sensored. haha
few hours later we started getting bored and doing crazy things. and this is one of it, taking pictures. huhu
dia memang tggi dari aku. and KURUS. haih
nampak pendek la si gemok ni =.='
monkey makyeh.kui3
kesian gilaa sapelah tanam kucing dalam pasir ni. tinggal kepala je TT
ok jangan tertipu. bukan kepala kucing actually tapi kayu yg berbentuk kepale kucing. dah investigate dah. heheh
lastly, the durian was awesome, the food was great, the view was lovely, the people was the very very awesomeness. hee overs gilaa.
mase tgh berkemas pk hem tu cakap tahniah kat mak. sebab mak pindah sekolah and he said he will roger lagi if ade held any event. kite tetap satu family walau terpisah pun.sungguh terharu aku dengar. mak sgt tak happy bila ppd suruh pindah sebab dah biasa dekat perkasa tu and kesian dekat anak2 murid nak kena jumpa cikgu sejarah baru. nak buat mcm mane arahan pihak atasan perlu dipatuhi meskipun tak rela.mak terlalu berfikir sampai mak excident kecil mase balik sekolah semalam. mujur tak de kerosakan or cedera pape. sedih.sobsob.semoga mak cekal.

sebelum balik. babai teluk senangin. entah bila jumpa lagi. hoho

nah cupcake. satu untuk saya,satu lagi untuk awak. i love you ;)


diam diam sudah hari terakhir bulan Julai. cepat gila masa berlalu kan.
selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. setahun sudah. kita berjumpa lagi. semoga diberi peluang berjumpa Syawal juga. insyaAllah :)
kurangkan dosa lebihkan pahala. babai assalamualaikum.

Wednesday, July 27, 2011

.trip to langkawi.

Assalamualaikum.
maaf saya sedang sapu bam gamat pada perut sebab banyak sangat makan coklat. nah pictures, sila enjoice ;D


baru sampai. pinjam anak org jap ;p
beras terbakar. takde api pun tapi. 
*ini beras ke syiling yg terbako? kite bako kite bakoo. huhu
panjat bukit. the view cantik gilaaa :)
i believe i can fly.
ehem, perkenalkan budak gemok ;p
why lah kat perak tade kedai sebegini rupaaa !
i'll be the regular customer then. hee
meet my another half :)
thought that my mom was higher than me ? nope. she wasn't ;p
mak rambang mataaa. O.o
i miss this a lot. thank you Allah i still could enjoy this ;))
atas pasir tak sah if tak tulis ni. *takde motif pun actually*
Mc Donald. i'm lovin it.
MI i hate it
again, meet the gediks.
dataran helang
them :)
budak hensem.
cute boy, izzat.
apple of the eyes for the weekend :)
wish you were here 
dah dah jom balik.
bye bye ! jumpa lagi Langkawi, insyaAllah ;)


i thought i've treat everyone equally. sorry, my mistake. i wasn't actually. i just can't stop treat u as my important person. i've tried  but i couldn't. stay where u are now. i'd love that way :)

Friday, July 22, 2011

.spontaneous thursday.

Assalamualaikum...
I need this.

Langkawi, here i come  ^.^
tu je kbai ehehe


hey loser , ade yang masih sayang = )

Tuesday, July 19, 2011

.turning TWENTY years old.

Assalamualaikum.
hye everyone. today i'm turning twenty years old. first of all, syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi kerna masih memberi aku peluang untuk menjejak ke usia baru ku ini. makin tua lah ni jadi semoga aku semakin matang, hee second of all, tahun depan dah boleh mengundi, buatlah pilihan yang bijak. haha


disini aku nak ucapkan thanks to everyone yg wish aku tak kire through phone, FB and etc.. tak sangke ade jugak yang ingat walaupun aku tak show my date of birth on FB at the beginning of the day. glad to know that i'm not alone in this world and still there are some peeps who loves me. aaww touched :')  i love u guys, rawwr !


siapa orang pertama dan orang terakhir wish, itu tak perlu kira. yang penting mereka ingat. banyak lagi benda lain mereka nak ingat instead of my date of birth kan? to those who wish me thank you so much. really appreciate it. yang terlupa or 'buat- buat' lupa hehe serius saya tak kisah. it's not a big deal pun. tapi kalau buah hati sendiri lupa tu mmg nak kena tikaman ala ala Botak dekat Daim lah tu. hehe i guess there will be no celebration for it, tapi trip to Langkawi this coming weekend i anggap macam celebration lah. hee :)

nah, kek !
eh tersilap kek pulak. ngeee~
mom, i wish for this. heh ;) 


i think that's all for today coz nothing much to say actually. frankly speaking i'm not really excited for this birthday. *yang excited sebab free call seminggu je. ouh heaven! hehe* well it is because i had a feeling that kind of sad, scared and worried actually. yelah..umur semakin bertambah, tapi pahala dan amalan tak jugak bertambah- tambah..bukankah itu yang perlu kita kejarkan? bukankah itu tanggungjawab kita sebenarnya di muka bumi ini? so i pray may this new year of mine bring much more happiness, jadi lebih kuat sekuat tiger dlm menghadapi any obstacle and Allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. semoga Allah rahmat, insyaallah amin. baiklah sayang semua, babai assalamualaikum..

psst, happy besday budak cantik :P
free call, enjoice :)



jangan tanya kenapa aku dah macam alim, aku sendiri tak tahu kenapa. aduhai

Monday, July 18, 2011

.ia tidak menunggu walau sesaat.

Assalamualaikum. (sy nasihatkan tutup dahulu lagu di blog ini sebelum baca)
 hari ini terjaga dari tidur lepas terima mesej dari kawan. lepas tu terase mengantuk terus sambung tidur balik. tak lama lepas tu mak kejut. memang aku terkejut. kenapa mak balik awal dari sekolah? atau mak baru nak pergi sekolah? segalanya terjawab lepas mak buke pintu kejut dan cakap "ina, bangun..mak nak pergi ipoh ni mak enaz meninggal. nak ikut ke tak?"..aku terkedu..apakah aku belum sedar dari tidur dan masih bermimpi? lantas aku terus mengangguk sambil mencapai tuala terus menyiapkan diri. "cepat sikit, mak dgn ayah tunggu ni" mak berpesan sebelum berlalu dari bilik.


serius aku masih terkejut. macam2 perkara aku fikirkan. lewat malam semalam sebelum tidur aku layan cerita 'ketika cinta bertasbih 2'. cerita tu sedih. if anyone of you had watched it you know what i mean. sebelum ending cerita tu watak lelaki (azzam) dan mak die nak buat persiapan perkahwinan azzam. mak dia nak jemput seorang ustaz utk beri tazkirah masa majlis nikah tu nanti. dalam perjalanan azzam dan mak dia meredah hujan lebat dan ustaz tu pulak tolak perlawaan mereka bulat2. both of them were very dissapointed. coz they really hope that ustaz tu dpt terima pelawaan mereka. unfortunately dalam perjalanan nak balik rumah tu azzam dan ibunya excident. lagi sedih bila ibunya meninggal on the spot. yes memang sedih. tipu kalau aku cakap aku tak menangis. 


dan pagi ni bila aku dengar satu berita pemergian seorang khalifah di muka bumi ini aku betul2 terkejut. arwah adalah ibu kepada tunang abang aku (kak enaz). dalam sepuluh minit je aku dah siap. tak perlu nak cantik2 kot. aku mengenakan baju kurung tanah putih bercorak bunga coklat merah dan selendang berbelang coklat cream. baju kurung yang aku pakai pun ambil dari almari baju mak. tempat instant baju kurung yg dah siap berseterika boleh didapati. dalam kereta sunyi sepi. mak dan ayah je yang berbual mengisi kesunyian pagi ini. aku di kerusi belakang diam membatu sekadar berbalas mesej dengan cikgu ain shamimi sejak bangun tadi. when we reached teluk intan, ayah ajak breakfast. memang tak ku duga kereta ayah betul2 berhenti dekat kedai makan yang cukup aku kenali. kedai makan milik keluarga adik angkat aku, hawa sofia. perasaan suram tadi sedikit sebanyak bertukar. lepas habis makan baru aku berpeluang nak tegur hawa yang sibuk buat kerja dekat meja berdekatan kaunter bayaran. dengan selamber je aku masuk ruang tu dan tegur die "sombongnye orang tu". melompat hawa bile tgk aku. die salam aku and sempatlah sembang sekejap sementara tunggu ayah bayar dekat kaunter. sambil berdiri jek pun. ok sekejap sgt jumpe. rinduu :') 


lepas tu sambung balik perjalanan ke ipoh. another half and hour. kembali kepada mood tadi. aku diam seribu bahasa while my parents keep on talking about. hurmmm hate to said it. "politicus"..and lastly sampai jugak dekat rumah arwah. kereta penuh memenuhi kawasan rumah arwah di desa pulai jaya. mata mak dan aku meliar cari kalau2 ade kereta abang. tapi takde pun. mak cakap dia tak sampai lagi. kami pun terus masuk ke rumah tersebut. kali terakhir aku pergi majlis macam ni rasanya waktu tu aku kecik lagi. sekolah rendah kot. waktu arwah nenek belah ayah aku meninggal mase aku form five pun aku tak sempat pergi sebab aku dekat sekolah dan mak ayah nak cepat. agak terkilan jugak tapi nak buat mcm mane takde rezeki aku nak tgk :'(


sebaik melangkah ke dalam rumah, ruang tamu penuh dgn org yg baru selesai membaca surah yaasin dan sedang membaca doa. di tengah tengah ruang itu kelihatan jenazah arwah ibu kak enaz terbujur kaku diselimuti kain putih dan kain batik.. selesai membaca doa org ramai mula mengerumuni jenazah utk menatap wajah arwah. aku dan mak tak ketinggalan turut merapati jenazah. sayu sgt hati ni. wajah arwah begitu tenang sehingga mampu mengundang perasaan sayu sesiapa yang melihatnya.


menjelang tengah hari tetamu yang hadir mula bertambah. kebanyakkan dari mereka adalah cikgu dan tak lupa jugak anak anak murid arwah, kerana arwah adalah seorang guru di sekolah menengah rapat setia. dalam suasana sayu itu seorang tetamu lelaki yg baru tiba meraung sambil dipeluk seorang wanita. lelaki itu adik bongsu arwah. semua mata tertumpu disitu. kemudian lelaki tersebut duduk disisi arwah dan mencium dahi arwah agak lama sekali. aku dapat lihat semua mata yg menyaksikan menyeka air mata tatkala melihat kejadian itu. lama dia disisi arwah sehingga selesai menyedekahkan surah yaasin dan doa buat bekalan arwah kakaknya di alam yang lagi satu nanti. aku hanya duduk di tepi dinding menyaksikan kelakuan tetamu tetamu  yang hadir. tak lama kemudian kak enaz yang dari tadi duduk di belakang keluar ke ruang tamu mendapatkan mak aku. mereka bersalaman dan berpelukan lama..mak memujuk2 kak enaz. begitu juga adik kak enaz. aku yang menyaksikan tak dapat tahan tahan lagi. jatuh jugak air mata. sebolehnya aku tahan. tapi hati sape tak sedih kan. 


mereka berdua kemudian duduk berhadapan dgn emak aku dan menceritakan kejadian2 yang berlaku sebelum arwah pergi menghadap Ilahi. kak enaz bercerita dalam sedu-sedannya. katanya, beberapa hari yang lalu arwah ibunya jatuh sakit. demam-demam biasa. malam kelmarin arwah ada mengadu sakit pinggang. dan menjelang tiga pagi arwah mengadu sakit kuat pada pinggangnya lantas arwah dibawa ke hospital saat itu juga. namun begitu, ajal maut di tangan tuhan. menjelang pagi itu , pukul 7 arwah telah menghembuskan nafasnya untuk kali terakhir. paling menyayat hati aku, weekend baru-baru ni kak enaz pulang ke rumah. maklumlah hujung minggulah masa sepatutnya untuk menjenguk keluarga kan. mase tu juga arwah sudah demam. banyak yang arwah pesan membuatkan kak enaz sgt berat hati utk balik ke kl seperti biasa. rupanya itu petanda bahawa dia sudah mahu pergi. "mak ade pesan, duit untuk kenduri kahwin ade mak da simpan, ambillah duit tu nanti" ini antara ayat kak enaz yg terngiang-ngiang kat telinga aku sepanjang hari ni.


siapa sangka, kali pertama aku melangkah ke rumah baru itu adalah untuk majlis pertunangan abang dan kali kedua pulak untuk majlis pengebumian isteri tuan rumah. sayu rasa hati ini tatkala kaki melangkah pulang setelah selesai tugas sebagai tetamu di rumah itu. seperti biasa dalam kereta, mak dan ayah sahaja yg bersuara. perjalanan pulang terasa lebih cepat berbanding pergi. biasalah itu hukum alam. menyambut ketika datang dan mengucap selamat tinggal ketika pulang. "kita sebagai khalifah di bumi ini punya tanggungjawab. semoga kita buat yg terbaik sebelum tiba masa dipanggil" dalam perjalanan itu ayah sempat beri tazkirah dekat aku dan emak. 


aku hanya termenung cuba membayangkan diriku di tempat arwah. ya Allah, dosa-dosaku menggunung tinggi, amalan-amalanku cetek yang amat sangat. semoga aku pergi menghadapMu dengan tenang suatu hari nanti. hari dimana telah dinyatakan dalam surah al-buruj, telah tertulis  di luh mahfuzh akan ajal seseorang itu. detiknya, saatnya minitnya dan ketikanya yang tidak bisa aku tahu bagaimana caranya. permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat ya Allah.insyaallah amin.

semoga kak enaz sekeluarga tabah dan bersabar menerima permergian bonda tercinta. yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih hidup perlu terus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.semoga Allah rahmat muslimin muslimat sekalian.


sebelum aku akhiri entry kali ini. marilah sama sama kita mengangkat kedua tapak tangan dan berdoa semoga roh arwah puan Hamisah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin. alfatihah.

Thursday, July 14, 2011

.empat belas julai.



lagu ni sweet. i wish someone can make it in versi melayu or fully english sebab rentak die best.
and lyric die... macam sebati untuk diri ni. cehh nak feeling kejap... geli ah..
nak dedicate to.. ermm tak jadi lah... sape2 ase nak terima lagu ni utk die yes aku dedicate utk korang. hee
ouh, hari ni masak sup ayam letak kentang banyak2.. just wanna let you know it is special.
k lah bubye ! happy thursday people ;)


psst kalaulah anda tahu...

.tiga belas julai.

Assalamualaikum.
ingat entry ni? hari yg busy.
pengikut setia mungkin tahu lah. it was years ago kan..cuti sem. yeah. macam sekarang. cuti empat bulan. dulu tu cuti 3 bulan AJE..perghh hidup aku memang bnyak sangat cutilah..memazir gila kan ? hurmm =.='


ok actually nak cerita hari ni buat ape...hehe ermm da lame nak buat tapi asek tertangguh je..sebab utamanye adalah malas.. yess aku jenis kalau dah set malas memang takkan jalan lah keje tu. lain org mungkin buat tapi separuh jalan..ouh same je macam tu..tak siap jugak an.hoho tapi hari ni tersangatlah rajin and lepas asar tepat pukul 5.30 pegi solat dulu pastu tukar baju yg 'senonoh' siket baru lah keluar umah and started the work.cerita dekat link yang atas tu lain dari yang ni. tu dulu punya. sekarang takde dah. dah tukar awal tahun aritu before kenduri kakak kahwin ayah buat kolam lain. takde yg dalam tanah dah. dah kena timbus. and sebab tak dapat adapt dengan tempat baru and banyak lagi sebab lain, ikan2 dalam kolam lame tu pun dah 'rest in peace' :( 
hurmm malas cite panjang tengok je lah pics neh...

keruh gila nak mati...pffft
*ikan tu buat ape?? huhu*
still survive. ape ntah name menatang ni..
sekitar selepas pembuangan air. naseb bek senang je..air terus disalurkan ke longkang. thanks ayah senangkan keje saye. ayah buat sendiri kolam ni. yes i'm impress with him. tak semua ayah tau nisbah nak bancuh simen, it is not easy as bancuh cucur kodoq noo..haha aku pun tak tau bila ayah belajar benda tu semua. huhu 
lepas sejam setengah memberus dan bergelumang dgn lumpur. siap dah.
walau tak shining berkilat berkilauan tapi bolehlaa puas hati. haha
itik lama ikan baru. payah betul nak tangkap badan licin gilaa. geliii =.='
ok done. dah maghrib. masuk umah laa ;)
*takde motif*

dah siap tu masuk umah terus mandi. lepas tu baru angkat kain. sebab tadi aku kotor sgt so keadaan tak mengizinkan lah teman nak sentuh kain2 suci bersih tuu. huhu pak joko tu jahat lah. dah 6.30 pun tak reti nak balik lagiiii. serius menakutkaann tadi.haih aku rasa org sekeliling ni mesti ingat aku ni orang gaji dekat rumah ni *termasuk pak joko tu* rupa dah ade dah kott. pffftt

ouch, tangan gua. memang 'takde' calar balar cili bili culu bulu punnnn kannn T.T jadi orang barat kejap kena makan guna fork and spoon. *terpaksa lah =.='
well, aku rase da lame tak wat kerja berat since few weeks ago. and and dapat rase kali ni akan experience the same thing like before. muscle cramp and backache. stamina lemah namenye nih. this is not best lah :(


budak gemok ni penat sangat. nak rest lah k bubye..
assalamualaikum.

psst, tipu lah kalau aku cakap takde rase pape.